Sunday, 19 June 2016

Punca Cina Kembali Sokong BN Di PRK Sungai Besar Tersebar

Punca Cina Kembali Sokong BN Di PRK Sungai Besar Tersebar. Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon mengakui kejayaan kerajaan BN membawa pulang dua nelayan Sekinchan yang ditahan di Indonesia Khamis lalu antara faktor yang melonjakkan sokongan pengundi Cina pada PRK Sungai Besar.

Keputusan PRK Parlimen Sungai Besar semalam menyaksikan peningkatan sokongan kaum Cina terhadap BN sebanyak 35% berbanding hanya 13% pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Punca Cina Kembali Sokong BN Di PRK Sungai Besar Tersebar. Sin Woon berkata, ini sekaligus melepasi sasaran sekurang-kurangnya 30% yang ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Secara keseluruhan kawasan yang dijaga MCA mendapat 40% pengundi, termasuk selain daripada kaum Cina dalam kawasan Sekinchan.

“…(Tetapi) adalah lebih selamat jika kita katakan sebanyak 35% sokongan diterima daripada pengundi Cina,” katanya selepas meraikan kemenangan calon BN, Budiman Mohd Zohdi semalam.

Punca Cina Kembali Sokong BN Di PRK Sungai Besar Tersebar


Budiman menang dengan majoriti besar 9,191 undi mengalahkan calon PAS yang merupakan Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah, Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar.

Chua Lee Teck, 46, bersama rakannya, Heng Chee Yong, 29, sepatutnya ditahan dua tahun empat bulan di negara jiran kerana didakwa menceroboh perairan Indonesia selepas ditangkap pihak berkuasa republik itu pada 4 Mac lalu.

Mereka dibebaskan Khamis lalu selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo menandatangani surat pengampunan mereka.

Sementara itu, Sin Woon menyifatkan PRK itu sebagai satu permulaan buat MCA untuk meneruskan misi mentransformasikan parti berkenaan.

“Semangat kerjasama yang bagus terjalin antara parti komponen BN iaitu Umno, MCA dan Gerakan membolehkan kemenangan tersebut memihak kepada kita bagi melebarkan majoriti berbanding PRU13,” katanya.

Punca Cina Kembali Sokong BN Di PRK Sungai Besar Tersebar


Pada PRU13, BN meraih majoriti sebanyak 399 undi bagi kerusi Parlimen Sungai Besar.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong menyifatkan kejayaan itu adalah kemenangan besar buat BN kerana parti itu memenangi hampir 50% undi kaum Cina pada PRK itu.

“Sasaran dan pendekatan kita yang merendah diri telah membuahkan hasil dan pengundi menunjukkan bahawa mereka sudah bosan dengan kumpulan Pakatan di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut mengucapkan tahniah kepada Gerakan Selangor dan jentera pilihan raya mereka yang bekerja keras.

Punca Cina Kembali Sokong BN Di PRK Sungai Besar Tersebar. Tambahnya, kemenangan itu menyuntik kembali semangat buat Gerakan dan BN.

“Saya menyeru kepada kepimpinan BN untuk mengambil iktibar daripada keputusan ini dan berusaha ke arah mengukuhkan semula penglibatan kita dengan masyarakat Cina,” katanya.

Mungkinkah isu ini ditunggu waktu PRK Sungai Besar untuk BN raih 'political mileage'. Bukan prasangka tetapi dalam politik apa-apa pun boleh berlaku.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...