Tuesday, 21 June 2016

Punca Bill Kayong Ditembak Tersebar?

Punca Bill Kayong Ditembak Tersebar? Persatuan Dayak Sarawak (Pedas) terkejut dengan pembunuhan setiausahanya, Bill Kayong pagi tadi dan mahu polis segera mencari pelakunya.

Presiden Pedas Kapten Collin Imran Abdullah berkata Bill merupakan seorang yang cepat mesra serta komited dalam menjalankan aktiviti sosial bagi masyarakat Dayak. “Sepanjang mengenali mangsa (Bill), dia tak ada memusuhi sesiapa pun,” katanya.

Punca Bill Kayong Ditembak Tersebar? Bagaimanapun, Collin berkata tahun lepas Bill Kayong pernah memberitahu mengenai panggilan telefon yang diterimanya supaya jangan mencampuri urusan berkaitan isu tanah.

“Dia memberitahu saya, tak tahu sama ada panggilan itu berbentuk ugutan atau sebaliknya sebab dia tidak suka membesarkan perkara remeh,” katanya.

Beliau berkata Pedas akan cuba membantu kebajikan keluarga Bill termasuk soal upacara pengebumian.


Punca Bill Kayong Ditembak Tersebar?


“Mangsa ialah seorang mualaf dan kita sekarang akan berbincang dengan ahli keluarganya untuk memudahkan upacara pengebumian dijalankan,” katanya.

Bill Kayong, 43, yang juga merupakan setiausaha PKR Cawangan Miri ditembak mati kira-kira 8.30 pagi tadi ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat di Lutong.

Punca Bill Kayong Ditembak Tersebar? Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan mangsa sebagai seorang yang amat lantang dalam memperjuangkan isu tanah penduduk.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee yang turut mengucapkan takziah berkata mangsa pernah membantu PAS dalam PRU13 di kawasan Parlimen Sibuti.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...