Friday, 3 June 2016

Prof. Ahmad Termizi Diumum Calon Pakatan Harapan Di PRK Kuala Kangsar

Prof. Ahmad Termizi Diumum Calon Pakatan Harapan Di PRK Kuala Kangsar. Naib Ketua Amanah Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli calon lelaki tunggal Pakatan Harapan yang  akan  bertembung dengan dua calon wanita  dari BN dan Pas  pada PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Ahmad Termizi,61, calon anak tempatan yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dari University of Salford, Unigted Kingdom dalam bidang Kesihatan dan Keselamatan Radiologi. Pemegang Diploma Fizik Pengionan dan Ph.D Fizik Perubatan dari University of Swansea, Wales.

Beliau juga bekas profesor di Jabatan Fizik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Ikram dan Setiausaha Biro Politik Ikram.

Prof. Ahmad Termizi Diumum Calon Pakatan Harapan Di PRK Kuala Kangsar. Pengiystirahan calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Kuala Kangsar malam ini diumumkan  Presiden Amanah Mohamad Sabu yang berlansung di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dikalangan pimpinan tertinggi parti gabungan Pakatan Harapan.

Dengan pengumuman Ahmad Termizi ini pengundi di Parlimen Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan dua calon wanita iaitu Datin Mastura Abdul Yazid dari BN dan Dr Najihatussalehah Ahmad dari Pas.


Prof. Ahmad Termizi Diumum Calon Pakatan Harapan Di PRK Kuala Kangsar


Semalam Pakatan Harapan telah mengumumkan calonnya Ketua Amanah Sungai Besar Azhar bagi PRK Sungai Besar di Sekinchan. Azhar  Ab Shukur akan  berhadapan dengan Budiman Ahmad Zohdi dari BN dan Dr Abdul Rani Osman dari Pas.

Ini bermakna bagi dua kerusi Parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon  BN,Pakatan Harapan dan Pas.

Prof. Ahmad Termizi Diumum Calon Pakatan Harapan Di PRK Kuala Kangsar. PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan ekoran kematian dua penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Khair-il-Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menetapkan tarikh penamaan calon pada Ahad ini dan hari pengundian pada 18 Jun.



1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...