Friday, 10 June 2016

PRK Kuala Kangsar - Umno Mengakui Tiada Projek Pecah Tanah Bina Jambatan Manong

PRK Kuala Kangsar - Umno Mengakui Tiada Projek Pecah Tanah Bina Jambatan Manong. Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mohd Kamil Shafie hari ini mengecam tindakan pembangkang yang memasang papan tanda iklan berunsurkan fitnah di sekitar Kuala Kangsar dan Manong dalam kempen mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau berkata papan iklan berunsur fitnah itu dilihat memutar belit sesuatu perkara dalam usaha mereka meraih undi.

PRK Kuala Kangsar - Umno Mengakui Tiada Projek Pecah Tanah Bina Jambatan Manong. “Contohnya satu papan iklan yang menfitnah bahawa Jambatan Manong sudah tiga kali pecah tanah sedangkan tidak pernah dilakukan pecah tanah, ini merupakan satu polemik untuk mendapat sokongan rakyat semata-mata,” katanya kepada pemberita di Pusat Media di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan BN telah lama berjuang untuk mendapatkan jambatan itu tetapi ia bukan perkara mudah kerana memerlukan perancangan dan penelitian.

Bagaimanapun beliau berkata BN belum membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Mengulas mengenai tindakan pihak tertentu yang mengadakan ceramah ketika waktu berbuka beliau berkata pihak terbabit sepatutnya menghormati kesucian bulan Ramadan ini.

PRK Kuala Kangsar - Umno Mengakui Tiada Projek Pecah Tanah Bina Jambatan Manong


“Ada masa selepas tarawih untuk berkempen. Kenapa tidak guna waktu itu untuk mengadakan ceramah,?” katanya.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata terdapat beberapa papan tanda yang tidak mengikut peraturan telahpun diturunkan.

“Sekiranya berunsur provokasi pihak pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya akan mengambl tindakan menurunkannya,” katanya.

PRK Kuala Kangsar - Umno Mengakui Tiada Projek Pecah Tanah Bina Jambatan Manong. PRK Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.

Mungkin penduduk Manong boleh bagi info pada admin blog ini. Dan sahkan, betul ke tiada pecah tanah untuk membina Jambatan Manong sebelum ini. Moga kita dapat pencerahan..



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...