Thursday, 9 June 2016

PRK Kuala Kangsar Menyaksikan Pekung BN Terbongkar

PRK Kuala Kangsar Menyaksikan Pekung BN Terbongkar. Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji mereka untuk membina Jambatan Seberang Manong yang telah lama dinantikan penduduk di kawasan tersebut.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi (gambar) berkata, kerajaan BN perlu menyatakan tarikh yang tepat bila jambatan tersebut akan siap dibina dan tidak memberikan harapan palsu kepada rakyat.

PRK Kuala Kangsar Menyaksikan Pekung BN Terbongkar. "Kami menuntut dalam pilihan raya kecil ini pihak kerajaan menunaikan janji yang sudah dibuat sejak tiga pilihan raya yang lalu.

"Kami mencabar pihak kerajaan BN tolong tetapkan tarikh bila akan dibina dan akan disiapkan jambatan Seberang Manong itu.

PRK Kuala Kangsar Menyaksikan Pekung BN Terbongkar


"Sudah lima kali pecah tanah sampai dah tak ada tanah nak dipecahkan," kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Bot penambang Sungai Perak yang digunakan penduduk untuk menyeberang

PRK Kuala Kangsar Menyaksikan Pekung BN Terbongkar.  Lebih 10,000 penduduk Manong masih menunggu jambatan itu dibina untuk menyeberangi Sungai Perak.

Sehingga kini, mereka masih menggunakan bot penambang untuk menyeberangi Sungai Perak walaupun menteri kanan pernah menjadi wakil rakyat di parlimen tersebut.




2 comments:

  1. Sewa jet berjuta boleh...takkan nak buat jambatan tak boleh plak!!!! GST dah bilion2 kutip, takkan jambatan pun tak mampu buat!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ckp lidah x bertulang mmng senang.....

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...