Saturday, 18 June 2016

PRK Kuala Kangsar Jadi Huru Hara?

PRK Kuala Kangsar Jadi Huru Hara? "Apa lu cakap, apa lu cakap, apa lu cakap, apa lu cakap, apa lu cakap!" Demikian herdik seorang lelaki sambil mencekak leher baju Ketua Dapsy Perak, Howard Lee Chuan How di hadapan sebuah sekolah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, kelihatan seorang lelaki berkaca mata hitam memakai baju warna biru mencekak leher Adun Pasir Pinji dalam satu kekecohan di hadapan sekolah itu.

PRK Kuala Kangsar Jadi Huru Hara?  Lelaki tersebut turut cuba untuk menumbuk Howard sambil beberapa lelaki lain di kawasan sekitar cuba mententeramkan keadaan.

Dalam satu kanyataan, Howard menyatakan rasa kesal terhadap insiden itu dan beliau tidak boleh menerima sebarang bentuk provokasi seperti itu.

Menurutnya, penyokong lawan melakukan provokasi dengan menjerit 'balik, balik, balik Tongsan' sebaik melihat beliau dan rakan lain berada di situ.

PRK Kuala Kangsar Jadi Huru Hara? 


"Apabila ditanya kepada siapa mereka cakap sebegitu, mereka terus melakukan provokasi beramai-ramai sampai menghalang kenderaan daripada melintas jalan.

"Bila diminta supaya jangan biadab, ketua rombongan mereka balas dengan bersikap samseng, mencekik saya dan hendak menumbuk saya.

"Ini berlaku pada bulan Ramadan yang suci. Saya memang tidak boleh terima (provokasi) ini," katanya dalam kenyataan tersebut.

PRK Kuala Kangsar Jadi Huru Hara? 


Beliau juga kesal dengan tindakan ahli MCA yang melihat sahaja insiden itu namun beliau merasakan itu bukanlah perkara luar biasa.

PRK Kuala Kangsar Jadi Huru Hara? "Ahli-ahli MCA yang bersama mereka di sana, diam sahaja. Tapi itu bukan luar jangka, biasa sajalah," ujarnya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...