Monday, 13 June 2016

Presiden PAS Jawab Dakwaan Mahathir

Presiden PAS Jawab Dakwaan Mahathir. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya tidak terburu-buru dalam usahanya untuk bergabung dengan Umno namun mengakui kerjasama dalam perbentangan Rang Undang-undang Persendirian yang dibawanya sebelum ini satu kerjasama yang baik.

Ketika mengulas saranan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad agar Umno dan PAS berganding demi mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam, Abdul Hadi berkata:

Presiden PAS Jawab Dakwaan Mahathir.  "Kita ada garis panduan dalam al-Quran, kembali kepada al-Quran, hadis sepenuhnya barulah kita boleh bersatu.

"Kita tak gopoh, seperti mana rang undang undang persendirian, itu satu langkah kerjasama sangat baik dan positif," katanya merujuk laluan yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini untuk beliau mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat, lapor Bernama.

Abdul Hadi juga mengakui bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menemui beliau tiga bulan yang lepas untuk membincang rencana menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Hadi berkata, beliau bagaimanapun menolak pelawaan itu kerana menganggap ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti itu.

Presiden PAS Jawab Dakwaan Mahathir


"PAS tidak menentang individu. Tidak menentang orang tapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar. Sekiranya (kalau) orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga," katanya kepada pemberita ketika melakukan sesi 'walkabout' di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan, di sini hari ini.

Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa beliau (Abdul Hadi) makan 'dedak' Najib, Presiden PAS itu secara sinis memulangkan soalan siapa yang mula mengajar memberi dedak sebelum ini?.

"Kerana PAS tidak makan dedak maka dengan itu PAS boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?.

"Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku," ujar beliau.

Mengulas saranan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad agar UMNO dan PAS berganding demi mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam, Abdul Hadi berkata:

"Kita ada garis panduan dalam al-Quran, kembali kepada al-Quran, hadis sepenuhnya barulah kita boleh bersatu.

Presiden PAS Jawab Dakwaan Mahathir


"Kita tak gopoh, seperti mana rang undang undang persendirian, itu satu langkah kerjasama sangat baik dan positif," katanya merujuk laluan yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini untuk beliau mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat.

Pada sesi 'walkabout' itu, jentera parti menawarkan beberapa aktiviti kepada orang ramai termasuk pemeriksaan kesihatan dan menukar minyak hitam motor secara percuma.

Presiden PAS Jawab Dakwaan Mahathir. Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan kematian Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...