Monday, 20 June 2016

Petanda PRU14 Akan Dipercepatkan Tersebar

Petanda PRU14 Akan Dipercepatkan Tersebar. Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan BN akan mengambil peluang daripada kemenangan besar di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan dua PRK di Semenanjung untuk mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mereka berpendapat majoriti undi BN di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar melonjak disebabkan perpecahan dalam parti pembangkang.

Petanda PRU14 Akan Dipercepatkan Tersebar. Keputusan itu adalah mesej pengundi kepada parti pembangkang untuk memainkan peranan sebagai pembangkang dengan baik kerana sokongan tidak akan diberikan kepada mereka sekalipun rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan BN.

Penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar yang dipetik China Press sebagai berkata, sekarang adalah masanya untuk Datuk Seri Najib Razak mengadakan PRU14 ekoran majoriti besar yang diraih BN di dua PRK kelmarin, khasnya perbezaan 9,191 undi di Sungai Besar.

Jelasnya, jika PRU14 diadakan sekarang, BN bukan sahaja berpeluang mendapat majoriti dua pertiga, malah ia mungkin dapat menawan kembali negeri yang jatuh ke tangan pembangkang memandangkan pakatan pembangkang sedang berpecah dan banyak kawasan mungkin berlaku pertandingan tiga penjuru.

Petanda PRU14 Akan Dipercepatkan Tersebar


Penganalisis politik, Prof Dr Thock Kiah Wah turut sependapat dengan Mohd Sayuti.

Menurutnya, perpecahan di kalangan parti pembangkang menyebabkan politik Malaysia kembali kepada politik perkauman pada 1980-an dan 1990-an di mana BN mendapat manfaat daripada sebarang pertandingan tiga penjuru.

Sejak kehilangan banyak kerusi pada PRU 2013, beliau mendakwa Najib mengharapkan parti pembangkang akan berpecah belah.

Beliau tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri telah menyusun perancangan sehingga menyebabkan perpecahan di kalangan pembangkang berlaku.

“Jika ini benar, maka kini adalah masanya untuk Najib menikmati hasilnya dan boleh merebut peluang untuk mempercepatkan PRU,” katanya kepada akhbar berbahasa Cina itu.

Petanda PRU14 Akan Dipercepatkan Tersebar

Pada PRU13 lalu, BN gagal mendapat majoriti dua pertiga apabila sekadar memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan berbanding 140 kerusi pada PRU 2008.

BN hanya berjaya menawan kembali Kedah manakala Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan masih di bawah pemerintahan parti pembangkang.

Dua PRK yang berlangsung kelmarin menyaksikan BN mendapat majoriti jauh lebih besar iaitu 9,191 undi di Sungai Besar (berbanding majoriti 399 undi pada PRU13) dan majoriti 6,969 undi di Kuala Kangsar (berbanding majoriti 1,082 undi pada PRU13).

Petanda PRU14 Akan Dipercepatkan Tersebar. Di PRN Sarawak ke-11 pada 5 Mei lalu pula, BN memenangi 72 daripada 82 kerusi yang ditandinginya manakala DAP memenangi tujuh kerusi dan bagi tiga kerusi menjadi milik PKR.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...