Sunday, 12 June 2016

Petanda PAS Tewas Undi Kepada AMANAH Di PRK Sungai Besar Tersebar?

Petanda PAS Tewas Undi Kepada AMANAH Di PRK Sungai Besar Tersebar? Undi kira-kira 40 peratus pengundi atas pagar dilihat sebagai 'insentif' yang perlu direbut calon yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Penganalisis politik berpendapat elemen menarik itu mampu memberi kejutan khususnya selepas PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat, penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia berkata mereka sebelum ini kebanyakannya menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, namun setelah PAS keluar, menyebabkan mereka berbelah-bahagi untuk mengundi pihak yang mana.

Petanda PAS Tewas Undi Kepada AMANAH Di PRK Sungai Besar Tersebar? "Mungkin mereka (yang kecewa dengan perpecahan itu) akan beralih ke Amanah (Parti Amanah Negara) atau BN atau mereka tidak mengundi langsung...apa-apa boleh berlaku tanpa kita jangka," katanya kepada Bernama.

Samsu Adabi yang juga pakar dalam bidang Politik Islam dan Minoriti Muslim menjelaskan peratusan pengundi atas pagar itu dibuat berdasarkan purata pembahagian undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) iaitu 30 peratus kepada BN, 30 peratus kepada Pakatan Rakyat manakala 40 peratus lagi adalah pengundi atas pagar.

Selain itu, katanya 30 peratus undi untuk Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) telah berpecah dua sejak PAS keluar daripada pakatan tersebut.

"Mungkin sekarang pembahagian undi akan jadi 20 peratus kepada Amanah yang mewakili Pakatan Harapan dan hanya 10 peratus kepada PAS atau mungkin sebaliknya," jelas beliau.

Petanda PAS Tewas Undi Kepada AMANAH Di PRK Sungai Besar Tersebar?


PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara BN, PAS dan Amanah selepas kekosongan kerusi Parlimen itu susulan penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu.

Pada PRU13, Allahyarham Noriah menewaskan calon PAS Mohamed Salleh M Hussin dengan majoriti 399 undi.

Dalam pada itu, Samsu Adabi yakin calon BN Budiman Mohd Zohdi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang mampu memenangi pilihan raya kecil kali ini dengan majoriti lebih besar kerana beliau turut disenangi masyarakat Cina.

"Walkabout, sesi ceramah dan lawatan ke rumah golongan yang memerlukan turut membantu daripada segi meraih sokongan penduduk, lebih-lebih lagi pengundi kaum Cina. Namun begitu sebarang kejutan tidak boleh diperkecilkan kerana PAS dan Amanah mungkin tampil dengan kejutan masing-masing," katanya.

Turut berkongsi pandangan yang sama, Pakar Geostrategi Prof Dr Azmi Hassan yakin BN boleh memenangi PRK kali ini kerana Budiman disenangi penduduk Sungai Besar, menjadikannya satu bonus kepada BN, sekali gus mampu mencatat peningkatan undi majoriti.

Petanda PAS Tewas Undi Kepada AMANAH Di PRK Sungai Besar Tersebar?


Beliau juga menjangkakan laluan sukar bagi calon Amanah Azhar Abdul Shukur, untuk 'menawan' kerusi Parlimen Sungai Besar berbanding dua pencabar iaitu Budiman dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman.

Menurutnya, meskipun ketiga-tiga calon memasuki gelanggang PRK dengan taring yang berbisa, calon BN dan PAS dilihat lebih menonjol kerana profil dan reputasi kedua-dua calon itu bukanlah sesuatu yang asing di peringkat negeri Selangor.

Petanda PAS Tewas Undi Kepada AMANAH Di PRK Sungai Besar Tersebar? "Ia bagaimanapun agak sukar bagi calon Amanah yang tidak pernah menyandang sebarang jawatan dalam politik. Malahan penglibatan beliau dalam politik juga kurang menyerlah berbanding yang lain," tambahnya.


Oleh Muhammad Audi Md Ghazali




3 comments:

  1. Harap AMANAH menang di prk sg besar dan kuala kangsar.. yeahhh

    ReplyDelete
  2. harap PAN akan dpt undi < 1000

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...