Monday, 13 June 2016

Petanda Amanah Bakal Mengancam Di PRK Sungai Besar

Petanda Amanah Bakal Mengancam Di PRK Sungai Besar. Sokongan jentera PKR bakal mencapai 100% apabila timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal turun berkempen untuk calon Amanah minggu ini.

Menurut sumber, Azmin yang juga menteri besar Selangor kini penuh dengan jadual lawatan dan tugasan beliau bersama Sultan Selangor sempena sambutan bulan Ramadhan.

Azmin turun ke hari penamaan calon di Sungai Besar 5 Jun lalu bahkan sempat berpelukan bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu. Namun beliau sehingga kini masih belum turun untuk berkempen.

Petanda Amanah Bakal Mengancam Di PRK Sungai Besar. Beliau bakal menyertai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Kuala Kangsar selepas menjalankan tugasnya di Selangor seperti diberitahu  Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam.

Sehingga kini, kedua-dua pengarah pilihan raya PKR, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Saifudin Nasution Ismail memberikan komitmen penuh dalam kempen PKR. Nurul berpusat di Sungai Besar manakala Saifudin di Kuala Kangsar.

Sokongan sama juga disuarakan Naib Presiden PKR, Tian Chua terhadap kedua-dua calon Amanah, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli di Kuala Kangsar dan Ustaz Azhar Ab Shukur di Sungai Besar.

"Saya menyokong Pakatan Harapan sebagai kesungguhan kita menjayakan perjuangan menentang kezaliman BN.


Petanda Amanah Bakal Mengancam Di PRK Sungai Besar


"Paling penting PRK 18 Jun ini tanda kita di Pakatan Harapan menolak penyelewengan dan pemborosan Najib," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Khusus bagi Sungai Besar yang terletak di negeri dikuasai blok pembangkang sejak 2008, sokongan Exco dari PKR terhadap calon Amanah juga dapat dilihat sejak hari penamaan calon lagi.

Salah seorang daripada mereka adalah Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi.

Petanda Amanah Bakal Mengancam Di PRK Sungai Besar. Adun Sementa itu di antara barisan Harapan berarak bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan.

Pada masa sama, sokongan Exco dari PKR itu terhadap calon Amanah juga dapat dilihat pada foto beliau bersama pemimpin dan aktivis Amanah negeri Selangor.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...