Sunday, 26 June 2016

Perkasa Kecam Mufti Pahang Label DAP Sebagai Kafir Harbi

Perkasa Kecam Mufti Pahang Label DAP Sebagai Kafir Harbi. Melabel DAP sebagai Kafir Harbi adalah keterlaluan. Presiden Perkasa Ibrahim Ali berkata demikian mengulas kenyataan yang dibuat oleh mufti Pahang, Rahman Osman dalam satu laporan berita menyatakan adalah ‘dosa besar’ untuk bekerjasama dengan DAP.

“Walaupun kita tidak bersetuju dalam banyak isu, saya fikir tidak wajar untuk melabelkan DAP sebagai kafir harbi.

Perkasa Kecam Mufti Pahang Label DAP Sebagai Kafir Harbi. “Kita tidak patut mewujudkan imej yang buruk terhadap Islam dengan membuat kenyataan seperti itu,” kata Ibrahim pada sidang media hari ini.

Dalam berita Utusan Online bertajuk, “DAP tergolong kafir harbi yang wajar ditentang” semalam, Rahman berkata hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

Katanya, DAP menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk me­nubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Perkasa Kecam Mufti Pahang Label DAP Sebagai Kafir Harbi


“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. 

Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de­ngan mereka ia merupakan satu “dosa besar” bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP,” katanya.

Perkasa Kecam Mufti Pahang Label DAP Sebagai Kafir Harbi. Tambahnya, ‘politik kebencian’ yang diamalkan oleh DAP membimbangkan dan boleh menyebabkan huru-hara di negara ini. Kenyataan itu kemudian dibidas oleh beberapa pihak, seperti PKR dan MCA.




Mohon sumbangan


4 comments:

  1. Jangan salahkan Mufti,yg salah adalah sikap DAP yg sering menentang apa saja berkaitan dgn kepentingan Islam.Undang-undang yg nak hukum orang Islam saja pun mereka tentang.Rasanya mejoriti orang Islam setuju dgn pandang Mufti tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno pun menentang Hudud....

      Delete
    2. parti apa yg memerintah malaysia dari merdeka, parti apa yg berkuasa melaksanakan hudud tapi tidak buat, kenapa dipersalahkan parti lain yg tiada kuasa,dikambing hitamkan DAP, patut lah Allah turunkan mcm2 musibah, tapi masih belum sedar, haprak betul

      Delete
    3. salah juga pas kerana tidak mengurus ruu yg digelar hudud ini dgn baik.

      seolah2 tiada langsung penerangan kpd rakan DAP, sehinggalah akhirnya DS Najib sendiri mengatakan ruu tu bukan hudud sebenar.

      fahami dulu apa yang ditentang DAP dan PKR sebelum cepat2 menghukum. penentangan mereka berdasarkan perlembagaan dan kesepakatan bersama yg tidak termasuk ruu.

      kita telah byk dibuangkan masa oleh pas yg dipermainkan umno dlm isu hudud ini sehingga kehilangan berbillion2 wang Negara tidak menjadi isu lagi.

      begitu jugalah kita pernah dilalaikan oleh umno dgn fitnah liwat terhadap DS Anwar sehingga isu rakyat tidak menjadi penting lagi.

      sedarlah semua. jgn jadi rakyat yg bodoh dan mudah dipermainkan mereka yg berkuasa.

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...