Thursday, 16 June 2016

Pengundi PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Wajib Baca Pesanan Ini

Pengundi PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Wajib Baca Pesanan Ini. Sokongan terhadap calon-calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar semakin meluas saban hari.

Terbaru sekumpulan pelajar Malaysia di Britain yang menggelarkan diri mereka sebagai Harapan Baru - UK Eire mengeluarkan kenyataan media bertajuk '

Undilah Amanah - Demi Masa Depan Negara' yang ditujukan kepada para pengundi di kawasan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pengundi PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Wajib Baca Pesanan Ini. Berikut adalah kenyataan media pengerusi HB-UK Eire, Dr Asrar Abu Bakar:

Salam Ramadhan,

Tahun lalu Amanah muncul dalam arena politik negara sebagai parti politik Islam generasi kedua yang bermatlamat membawa Islam "Rahmatan Lil Alamin" iaitu Islam sebagai rahmat seluruh alam.

Amanah menjunjung obor keadilan Islam sejagat melalui pendekatan politik yang beramanah, progresif, terbuka, inklusif, dan peduli rakyat serta menekankan konsep tatakelola yang baik (good governance) dalam kerajaan.

Kini Amanah semakin dikenali ramai setelah turut serta bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi mewakili Pakatan Harapan (PH).

Pengundi PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Wajib Baca Pesanan Ini


Harapan Baru-UK Eire turut terasa bahang kehangatan PRK SB & KK ini dan kami ingin menyeru seluruh penduduk di kedua-dua kawasan Parlimen berkenaan agar keluar mengundi pada 18 Jun nanti dan menaruh harapan serta kepercayaan kepada calon-calon Amanah demi masa depan negara.

HB-UK Eire menggariskan LIMA sebab mengapa perlu undi calon Amanah:

1. Parti Amanah tampil dengan dimensi baru politik matang dalam kempen PRK SB & KK dengan menekankan sikap toleransi dan meraikan perbezaan, membawa manifesto yang bermatlamat membantu rakyat, serta menolak sikap menghukum, melabel atau memanggil dengan panggilan buruk, malah dengan lantang menolak sebarang unsur perkauman yang sering dimainkan oleh parti lawan.

2. Calon-calon Amanah iaitu Ustaz Azhar Abdul Shukur dan Dr Ahmad Termizi Ramli adalah calon-calon anak tempatan yang mempunyai latarbelakang akademik yang hebat, berkemahiran tinggi dan berpengalaman luas dalam aktiviti kemasyarakatan, mudah didekati serta dilihat mampu menang untuk membawa suara penduduk dua kawasan berkenaan ke Parlimen bagi menuntut Kerajaan melaksanakan janji-janji yang telah dibuat dalam pilihanraya umum yang lalu.

3. Amanah selaku parti komponen PH akan terus bersuara lantang di Parlimen bagi memantau dan menjadi agen semak-imbang urustadbir ekonomi negara. Ini adalah demi menjamin rakyat dan generasi akan datang tidak terbeban dengan dasar Kerajaan yang dilaksanakan tanpa mengambil kira kesannya kepada rakyat seperti perlaksanaan GST, kenaikan tol dan harga minyak, perjanjian TPPA, dan lain-lain.

Pengundi PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Wajib Baca Pesanan Ini


4. Amanah juga akan meneruskan misi “Selamatkan Malaysia” dengan meningkatkan tekanan terhadap DS Najib Tun Razak supaya berundur dari jawatan Perdana Menteri ekoran skandal 1MDB dan salahguna wang agensi kerajaan seperti Tabung Haji, LTAT, KWSP dan lain-lain. Amanah, PH dan Gerakan Selamatkan Malaysia mahukan siasatan segera terhadap skandal 1MDB yang telah menjerumuskan Malaysia ke dalam keberhutangan melampau dan menjejaskan kadar tukaran matawang negara, dan mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

5. Undi anak muda juga penting di mana komposisi pengundi berumur 21-39 berjumlah sekitar 40% di kedua-dua kawasan. Justeru, Amanah menjunjung aspirasi anak muda dalam usaha memajukan diri demi masa depan mereka, dengan mendesak Kerajaan menambah pusat peningkatan kemahiran tenaga kerja, dan peluang-peluang pekerjaan yang sesuai untuk mereka di bidang pelancongan, industri asas tani dan persisiran sungai yang masih banyak belum diteroka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pengundi PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Wajib Baca Pesanan IniHB-UK Eire menyeru penduduk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar dapat mengundi dan memenangkan calon-calon Amanah sekaligus menghantar mesej jelas kepada Kerajaan Umno/BN bahawa rakyat terbanyak mahukan perubahan pentadbiran negara ke arah yang lebih telus, amanah dan adil.

Selamat mengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar!
Dr Asrar Abu Bakar
Pengerusi 
Harapan Baru UK-Eire

15 Jun 2016



2 comments:

  1. kalau dilihat dari kacamata yang lebih besar tidakkah Dr nampak kewujudtan parti Amanah adalah usaha DAP untuk memecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu supaya mereka dapat undi dan sokongan orang Melayu melalui parti Amanah - kalau dulu PAS jambatan DAP untuk undi Melayu tetapi dikuasai PAS dan kini mereka menggunakan Amanah sebagai jambatan untuk dapat undi Melayu tetapi dikuasai oleh mereka (DAP)

    Cubalah renungkan

    ReplyDelete
  2. Amanah hanya beretorik dengan Islam yang berideologi akal manusia kerana jika Amanah memenangi PRU14 bersama DAP adakah terutamanya arak dan judi akan dihapuskan atau adakah DAP bersetuju untuk julang Islam di Malaysia dimana Islam itu memerintah bukan diperintah.Allyarham Nik Aziz melalui saluran politik Pas dengan kuasa yang sedikit telah berjaya menghapuskan arak dan judi di Kelantan kerana politik Pas beracuankan akidah dan wahyu Allah.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...