Thursday, 30 June 2016

Pengundi Muda Bosan Situasi Politik Semasa.. Ini Buktinya

Pengundi Muda Bosan Situasi Politik Semasa.. Ini Buktinya. Pengundi muda dikenal pasti berada dalam situasi terlalu bosan dengan realiti pergolakan parti pembangkang selain kebobrokan Umno-BN sedia ada.

Pengerusi Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar berkata, kelompok terbabit tidak teruja untuk mengundi kerana menyedari mereka tidak mempunyai pilihan.

"Nak undi BN, skandal kewangan sana-sini. Nak undi pembangkang berlaku pergolakan tidak berkesudahan," ujarnya pada forum di Gerak Budaya di Petaling Jaya semalam.

Pengundi Muda Bosan Situasi Politik Semasa.. Ini Buktinya. Berkongsi pengalaman interaksinya dengan beberapa parti baharu di Indonesia, beliau memberitahu golongan muda menjadi sasaran parti-parti terbabit.

"Mereka abaikan saja kelompok pengundi tegar parti sebaliknya tumpu pada anak muda. Tidak seperti di Malaysia. Hak kumpulan terbanyak sekitar 30 hingga 40 peratus ini terabai tidak disambut parti pembangkang," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hisommudin turut mengulas pola pengundian pemilih Melayu susulan penyertaan Tun Mahathir ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

Pengundi Muda Bosan Situasi Politik Semasa.. Ini Buktinya


"Kelompok berkenaan (Melayu) jauh dari membuat perubahan besar. Elemen Tun Mahathir hanya memberi sedikit lonjakan kepada parti Amanah tapi belum cukup untuk mengubah mereka supaya mengundi blok pembangkang pada PRU14 nanti.

"Bagaimana mahu tangani psikik orang Melayu ini supaya mereka berani buat perubahan?," soalnya dalam Wacana Terbuka: Amanah Bawa Tuah atau Rebah? anjuran Free Public Forum dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu.

Mengulas lanjut trend pengundi di Sungai Besar dan Kuala Selangor, Hisommudin mendedahkan sikap responden Melayu yang dilihat menyerahkan segalanya pada kepimpinan politik.

Pengundi Muda Bosan Situasi Politik Semasa.. Ini Buktinya


"Kalau kita jumpa tanya tentang skandal 1MDB, baik Sungai Leman atau Parit 1 sampai 16, mereka jawab, 'terserah pada pemimpin.'

"Mereka tak fikir pun soal RUU (Rang Undang-Undang Akta 355). Apa yang mereka soal kos kenaikan barang. Itu cara pengundi Melayu berfikir," tambahnya.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan akan kalah jika Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan pada masa terdekat.

Pengundi Muda Bosan Situasi Politik Semasa.. Ini Buktinya. "Pembangkang boleh hilang undi popular. Pakatan Harapan sudah tidak popular seperti ketika Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...