Friday, 17 June 2016

Pemuda Amanah Mohon Maaf Kerana Terlanjur

Pemuda Amanah Mohon Maaf Kerana Terlanjur. Pemuda Amanah membuat permohonan maaf berhubung pertengkaran yang berlaku antara Naib Ketua Pemuda Amanah Perak Hasnol Zulkarnain dengan seorang wartawan pada Rabu lalu.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Nasional Khairol Najib Hashim berkata pihaknya juga berharap kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi pada masa depan.

Pemuda Amanah Mohon Maaf Kerana Terlanjur. Katanya, kejadian itu bermula susulan wujudnya unsur pencerobohan di Pejabat Amanah Kuala Kangsar oleh pihak tidak bertanggungjawab dan ia memerlukan kawalan rapi daripada pihak keselamatan parti itu.

“Kejadian berlaku dalam keadaan kelam kabut dan emosi petugas terganggu pada waktu itu.

“Pertengkaran antara Hasnol dan wartawan itu berlaku sebaik saja insiden pencerobohan berkenaan yang menyebabkan kawalan di premis diperketat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pemuda Amanah Mohon Maaf Kerana Terlanjur


Khairol berkata kejadian seperti itu juga sepatutnya perlu dielakkan terutama hubungan baik yang terjalin antara parti politik baharu seperti mereka dengan pihak media perlu dijaga dan dikekalkan dalam membawa terma kebebasan media.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...