Wednesday, 22 June 2016

Pemimpin Umno BN Menggelupur Jika Rancangan Ini Berjaya

Pemimpin Umno BN Menggelupur Jika Rancangan Ini Berjaya. Jentera BN tidak boleh cepat ‘khayal’ dengan kemenangan dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu sebaliknya perlu memantapkan gerak kerja mereka, kata Veteran Umno.

Pengerusi Veteran Umno Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak berkata, momentum yang tercetus daripada dua PRK itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meraih sokongan lebih besar dalam PRU14.

Pemimpin Umno BN Menggelupur Jika Rancangan Ini Berjaya. “Masalah dengan jentera BN ialah kadang-kadang mereka buat kerja, kadang-kadang tidak. Tetapi, di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jentera yang turun memang terbaik. Jadi, mereka hanya perlu meneruskan kecemerlangan ini dan turun padang,” katanya.

Selain itu, menurut beliau, faktor pembangkang yang masih berpecah memberi kelebihan kepada BN untuk mendapat sokongan rakyat.

“Apa yang penting kita kena berjaga-jaga dengan pembangkang. Jangan sesekali biarkan mereka bersatu. Kalau ambil contoh di dua PRK lalu, undi Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) memang tak boleh atasi BN. Tetapi kalau mereka bersatu, kedudukan BN mungkin agak goyah,” katanya seperti dipetik Sinarharian online.

Pemimpin Umno BN Menggelupur Jika Rancangan Ini Berjaya


Sementara itu, Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, PRU14 tidak perlu diadakan lebih awal dan tergesa-gesa walaupun BN menang besar dalam dua PRK lepas.

Katanya, keputusan cemerlang BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan penanda aras sebenar kepada PRU14.

“Suasana PRK dan PRU sangat berbeza, misalnya dari segi jentera yang turun. Dalam PRK, seluruh tenaga jentera dapat ditumpukan di satu kawasan.

"Namun, dalam PRU setiap jentera perlu menjaga kawasan masing-masing. Jadi kita tidak boleh samakan PRK dengan PRU,” katanya.

Beliau berpendapat, lebih baik BN menggunakan baki 20 bulan yang tinggal sebelum PRU14 berlangsung untuk memperkemaskan jentera dan meminimakan masalah dalaman parti.

Pemimpin Umno BN Menggelupur Jika Rancangan Ini Berjaya


“Masih banyak lagi kerja yang kita perlu buat dalam tempoh ini. Bukan saja Umno, tetapi parti komponen lain pun ada masalah dalaman,"katanya.

Dalam PRK Parlimen Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang besar dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon Pas Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur, dalam pertandingan tiga penjuru.

Pemimpin Umno BN Menggelupur Jika Rancangan Ini Berjaya. Manakala PRK Parlmen Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang besar mejoriti 6,969 menewaskan calon Pas Dr Najiatussaleha Ahmad, calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas Izat Bukhary.




Mohon sumbangan



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...