Wednesday, 22 June 2016

Pembunuhan Bill Kayong Dibimbangi Cetus Keganasan Politik

Pembunuhan Bill Kayong Dibimbangi Cetus Keganasan Politik. Pembunuhan calon pilihan raya PKR, Bill Kayong dibimbangi petunjuk keganasan politik bertambah buruk, kata Bersih.

“Kami menggesa polis supaya memburu pembunuhannya dengan seluruh kekuatan. 

Mereka yang mengarahkan dan melakukan pembunuhan Bill Kayong perlu dibawa ke pengadilan dan dorongan pembunuhan itu perlu diketahui,” kata jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.

Pembunuhan Bill Kayong Dibimbangi Cetus Keganasan Politik. “Kejadian itu merupakan petunjuk terlerainya penguatkuasaan undang-undang dan, mungkin, keganasan politik bertambah buruk.”

Bersih berkata pembunuhan Bill Kayong , sekiranya didorong politik, akan menjadikannya calon atau bekas calon pilihan raya yang pertama dibunuh sejak pembunuhan Speaker Negeri Sembilan, Allahyarham Datuk Mohd Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim pada 1982.


Pembunuhan Bill Kayong Dibimbangi Cetus Keganasan Politik


“Dukacita kami mengingatkan polis bahawa pembunuhan K Murugan, pembantu politik kepada calon PKR untuk Parlimen Tapah pada 2013, Vasantha Kumar, masih belum selesai hari ini selepas tiga tahun berlalu.”

Murugan hilang pada 1 Mei dan tubuhnya ditemui terikat dengan wayar dalam sebuah kolam di Batu Gajah.

“Sekiranya pembunuhan berkaitan pilihan raya – lazim berlaku di India dan Filipina – menjadi sebahagian daripada budaya politik kita, maka kelamlah proses pilihan raya kita,” kata Bersih.


Pembunuhan Bill Kayong Dibimbangi Cetus Keganasan Politik


Bill Kayong  mati ditembak pagi tadi berhampiran pasaraya Emart One-Stop di Senadin, Miri.

Pembunuhan Bill Kayong Dibimbangi Cetus Keganasan Politik.  Lelaki berusia 43 tahun itu adalah seorang aktivis masyarakat, terutamanya isu hak Tanah Adat, yang diketengahkan secara meluas sepanjang kempennya.


Mohon sumbangan





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...