Monday, 6 June 2016

Pembangkang Mampu Kuat Jika..

Pembangkang Mampu Kuat Jika.. Tidak pasti bagaimana PAS akan berdamai dengan bekas sekutu mereka, kata penganalisis dalam laporan berita Bloomberg.

“Kecuali jika mereka boleh berbaik-baik, kalau tidak, tiada harapan untuk pembangkang.”

Apatah lagi, pengundi Cina yang ramai menyokong pembangkang pada 2013 mula melahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan undang-undang Islam dilaksanakan di Kelantan, kubu kuat parti Islam PAS.

Pembangkang Mampu Kuat Jika.. “Tulang belakang pembangkang sudah pun patah,” kata Ibrahim Suffian, penganalisis dari Merdeka Centre untuk kajian pendapat di Kuala Lumpur.

“Selain skandal itu, tidak ada cara praktikal digunakan mana-mana parti politik untuk menjejaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Lawannya sudah jadi berpecah dan tidak berkesan dalam menggerakkan masyarakat menerusi pilihan raya.”

Laporan itu mengulas mengenai walaupun pakatan itu gagal menunjukkan perpaduan di PRN Sarawak bulan lalu, pembangkang “sekali lagi melakukannya” di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 18 Jun.


Pembangkang Mampu Kuat Jika..


“Ia akan memecahkan undi dalam kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan pentadbiran pada masa ini,” kata Bloomberg memetik Naib Presiden PAS Idris Ahmad bercakap kepada media pada Ahad ketika mengulas keputusan AMANAH untuk bertanding dalam PRK itu.

“Namun, kita yakin dan berharap pengundi akan sokong kita dan hantar isyarat jelas kepada kerajaan.”

“Mereka tidak belajar daripada kesilapan lalu,” kata Faisal S. Hazis, ketua Pusat Pengajian Asia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Rakyat sudah bosan lihat perbalahan mereka,” katanya.

Hazis berkata hanya ada dua cara menyingkirkan perdana menteri.

Satu menerusi UMNO di mana bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gagal lakukan.

Kedua ialah, apabila gabungan pembangkang yang bersatu, padu dan berdaya maju memenangi pilihan raya umum akan datang.

Pilihan kedua ialah bukan apa yang Mahathir sanggup lakukan, katanya.

Selepas menyatakan UMNO tidak akan menang pada 2018 jika Najib masih di situ, beliau kini berpendapat parti pemerintah pasti selamat dalam pilihan raya akan datang berikutan pembangkang yang berpecah.

Motif Mahathir berganding dengan pembangkang juga dipersoalkan ketua pembangkang yang kini dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembangkang Mampu Kuat Jika..


Najib pula pada waktu itu mula berkawan dengan PAS, sementara terus mengukuhkan cengkamannya terhadap UMNO dan ketua cawangan, dan memikat orang Melayu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyahut ajakan UMNO dengan mengisytiharkan parti itu akan meninggalkan gaya politik lama dan tidak akan membangkang hanya semata-mata untuk bantah.

Beliau berjanji PAS akan bekerjasama dengan sesiapa saja yang boleh membantu menegakkan prinsip Islam.

Pembangkang Mampu Kuat Jika.. Mengukuhkan petanda itu, pemimpin PAS tiba di muktamar sayap Pemuda dengan berbusana Melayu tradisional, lengkap dengan keris – senjata tradisi rasmi – dan tengkolok, bukan jubah Arab yang kebiasaannya dipakai pada muktamar.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...