Wednesday, 29 June 2016

Peguam Dedah Status Rahsia Mufti Pahang?

Peguam Dedah Status Rahsia Mufti Pahang? Status Datuk Seri Abdul Rahman Osman sebagai mufti Pahang tidak memberikan beliau kekebalan daripada undang-undang atau kuasa penuh untuk membuat kenyataan mengenai kafir harbi, kata peguam Syahredzan Johan.

“Jika ia kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, beliau sudah tentu boleh didakwa. Mufti tidak ada kekebalan undang-undang seperti itu,” kata Syahredzan di akaun Twitter sebagai respons kepada laporan keengganan Rahman menarik balik kenyataannya itu.

Peguam Dedah Status Rahsia Mufti Pahang?  Mufti Pahang itu melabelkan “kafir harbi” kepada DAP kerana bercakap menentang rang undang-undang persendirian PAS untuk menaik taraf status mahkamah syariah.

Beliau kemudian mempertahankan dirinya dan berkata sebarang fatwa yang dikeluarkan mufti secara individu atau menerusi jawatankuasa fatwa tidak boleh dicabar di mahkamah mengikut Seksyen 40 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pahang) 1991.

Seksyen 40 menyatakan ‘mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, mufti tidak boleh dipanggil ke mana-mana mahkamah sivil atau syariah untuk memberi pendapat atau bukti berkaitan undang-undang Islam’.

Peguam Dedah Status Rahsia Mufti Pahang? 


Syahredzan tidak bersetuju, berkata Seksyen 40 hanya menjadikan mufti dikecualikan daripada dipanggil ke mahkamah untuk memberi pendapat atau bukti, bukan tidak boleh didakwa mengikut undang-undang.

Beliau berkata jika sekalipun ia akan dijadikan fatwa, ia masih perlu mengikut perundangan tertentu, diwartakan untuk menjadi rasmi.

“Ia satu pendapat. Bukan fatwa. Fatwa pun perlu mengikut perundangan tertentu, diwartakan untuk menjadi rasmi,” katanya kepada FMT.

Peguam Dedah Status Rahsia Mufti Pahang?  Dalam Twitter, Syahredzan meruju kepada Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang menyatakan “sesiapa yang membuat, menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat untuk mencetuskan atau mungkin mencetuskan sebarang kelas atau komuniti seseorang untuk melakukan kesalahan terhadap mana-mana kelas atau komuniti seseorang, akan dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya”.




6 comments:

  1. Dakwa ja...
    Depa la ni guna agama utk lindungi aktivity mereka pd pihak2 terpilih sahaja.
    Kenapa hanya DAP dan bukan MCA...GERAKKAN...MIC..HINDRAF??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...buat malu agama dan bangsa

      Delete
    2. Salam Aidilfitri itu hukum mengikut kitab bagi Kita yg cetek pasal Islam disuruh belajar Dari alquran Dan hadis bukan menyalahkan mufti semata2.jgn nama sahaja melayu,Islam Tu ambil separuh2

      Delete
  2. Orang seperti ini memburukkan nama agama demi kepentingan diri. Patut dihukum. Disebabkan manusia seperti ini, kini Islamophobia makin meningkat.

    ReplyDelete
  3. Dakwa lah jangan banyak cakap

    ReplyDelete
  4. Mufti tak tuju kat sapa2... baca elok2 dulu apa yg mufti cakap... dia kata secara umum...sapa2 yg menentang syariah Islam orang tu adalah kafir harbi... nuh akhbar nuh... patut pi tanya akhbar nuh yg sebut DAP...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...