Monday, 20 June 2016

PAS Tak Mahu Bekerjasama Dengan Amanah Dan DAP

PAS Tak Mahu Bekerjasama Dengan Amanah Dan DAP. Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang tidak memihak kemenangan kepada parti pembangkang telah membuka mata Pas untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan, bagaimanapun kerjasama itu bukanlah dengan Amanah dan DAP.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas masih berpendirian untuk tidak menggadai prinsip perjuangan Islam yang dibawa parti itu.

PAS Tak Mahu Bekerjasama Dengan Amanah Dan DAP. "Saya fikir dengan DAP, Amanah tidak mungkin (akan kerjasama). Sebab prinsip Pas, orang (Amanah, DAP) tidak boleh terima, itu tidak mungkin berlaku.

"Sebab kita bekerjasama (dalam PR) sampai kita hilang prinsip yang kita perjuang, Pas fikir tidak ada parti yang sanggup begitu.

"Sebenarnya kita tengok Amanah ini lahir daripada sikap agak mengecewakan Pas. Mereka tewas pada muktamar dan menarik ahli-ahli parti keluar, saya fikir ini kita tidak boleh terima begitu," kata beliau seperti dipetik daripada portal berita Antarapos.

PAS Tak Mahu Bekerjasama Dengan Amanah Dan DAP


Beliau mengakui pembangkang perlu kembali bekerjasama antara satu sama lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya mahu mengekalkan kerusi masing-masing.

Namun beliau menyatakan pendirian parti itu tidak akan mengorbankan kerusi Pas bagi memberi laluan kepada parti lain dalam Pakatan Harapan.

"Saya tengok ada keperluan, tidak semestinya gabungan. Saya rasa ada mekanisma lain yang perlu dicari. Saya sebut dulu bahawa diantara mekanisma yang boleh Pas terima ialah sepakat untuk satu lawan satu. 

"Tapi Pas tegaskan setuju satu lawan satu di kedua PRK ini tapi bukan prinsip kita terpaksa korbankan kerusi Pas, itu tidak betul dari segi sepakat. Kita kena hormati hak kerusi yang sedia ada dan parti lain tidak perlu sertai sama. Itu sepatutnya dihormati.

PAS Tak Mahu Bekerjasama Dengan Amanah Dan DAP


"Kalau prinsip itu tidak dihormati maknanya kita bergabung tapi kita terpaksa korbankan kita punya kerusi, saya fikir tidak betul dari segi kaedah kerjasama," katanya seperti dilapor.

Katanya lagi, Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberikan isyarat bahawa pengundi muak dengan perpecahan yang dihadapi pembangkang yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pas dan Pakatan Harapan yang menentang Barisan Nasional (BN).

PAS Tak Mahu Bekerjasama Dengan Amanah Dan DAP. Sabtu lalu dalam PRK Sungai Besar, Amanah mengatasi pungutan undi daripada Pas dengan 707 undi dimana Azhar Abdul Shukor memperoleh 7,609 undi manakala Dr Rani Osman yang mewakili Pas memperoleh 6,902 undi. 

Sementara di Kuala Kangsar calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad memperoleh 5,684 undi, mengatasi calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi).




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...