Sunday, 19 June 2016

PAS Sedar Mereka Akan Kalah Di PRK Sungai Besar

PAS Sedar Mereka Akan Kalah Di PRK Sungai Besar. Pas Selangor mengakui keputusan Pilihanraya Kecil Sungai Besar semalam menunjukkan parti itu tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya umum ke 14 jika turun bersendirian.

"Kita tidak mampu jika turun bersendirian," kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad seperti dilapor Malaysiakini.

PAS Sedar Mereka Akan Kalah Di PRK Sungai Besar. Beliau bagaimanapun yakin parti itu mampu memulihkan keaadaan jika mengukuhkan pakatan dengan pihak lain seperti yang telah diusahakan melalui pembentukan blok ke 3.

"Kita akan perkasakan blok ke 3 bukan sekadar dengan Ikatan tetapi juga pihak-pihak lain kerana realiti di Selangor kita tidak boleh bersendirian," katanya.

Iskandar yang juga Naib Presiden Pas berkata blok ke 3 akan diperluaskan untuk disertai bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga badan-badan bukan kerajaan (NGO).

PAS Sedar Mereka Akan Kalah Di PRK Sungai Besar


Keputusan PRK semalam meletakkan BN mengekalkan kerusi Sungai Besar melalui calonnya Budiman Mohd Zohdi yang mendapat 16, 800 undi, diikuti Parti Amanah Negara (Amanah) dengan 7,609 undi dan PAS (6,902).

Budiman selepas diumumkan menang mengakui beliau daripada awal optimis akan menang dalam pilihan raya kecil Sungai Besar.

PAS Sedar Mereka Akan Kalah Di PRK Sungai Besar. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menyangka akan memperoleh majoriti sebesar diterimanya, iaitu 9,191 berbanding 399 sebelum ini.

“Kita bermula majoriti 399, sebab itu saya selesa sebagai underdog.

“Saya terkejut majoriti sangat besar,” katanya.




2 comments:

  1. PAS KALAH BIASALH .MASIH RAMAI MELAYU KURANG PENDEDAHAN PENGTAHUAN ISLAM.SYSTEM PENDIDIKAN MASIH BERCIRI SEKULAR.TAKUT TAK MAJU.PINGGIR ISLAM ERTI PINGGIR ALLAH.SEMBAYAN G SEKADAR TUNAI TANGGONJAWAB.PAS MENANG DALAM PERTAHAN PRINSIP ISLAM. INSHALLAAH APABILA ACRONYM UMNO JADI UNITED MUSLIM NATIONAL ORGANISATION ADA HARAPAN KERJASAMA PAS

    ReplyDelete
  2. Pemimpin PAS kata UMNO memperjuangkan nasionalis tidak islamik. Walaupun nama parti tak ada jenama Islam tapi didalam perlembagaanya dengan jelas ada dinyatakan untuk mendaulatkan Islam. Sebagai bukti UMNO telah berjaya dalam mendaulatkan Islam di Malaysia dengan masjid Islam, sistem ekonomi Islam, bank Islam, Sukuk Islam, universiti Islam, Universiti Alquraan Islam, Hospital Islam, pertahanan Islam, pengajian Islam peringkat sekolah sehingga universiti, pajak gadai Islam, jabatan ugama Islam, JAKIM Islam, Tabung Haji Islam, Amanah ikhtiar Islam, Undang-undang keluarga Islam, undang-undang jenayah Islam (tak termasuk Hudud) , undang-undang muamalat, kebajikan masyarakat, dan banyak lagi pengisian yang dibuat bagi memenohi tuntutan Islam.
    Malah baru-baru ini lebih seratus pakar dari lima universiti –UM, UKM, USM, UTM,UPM dan USIM menjalankan kajian bagi mengukur tahap perlaksanaan Islam di Malaysia bagi tahun 2015. Kajian mereka mendapati skor keseluruhan Indeks Syariah Malaysia bagi 2015, didalam sistem pentadbiran negara, adalah sebanyak 75.42 peratus. Sekor tersebut berdasarkan penyelidikan comprehensif dalam lapan bidang utama - pendidikan, perundangan Islam, politik, kesihatan, ekonomi, budaya, sosial serta prasarana dan persekitaran. Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran yang saintifik dan menyeluruh bagi menentu ukur kedudukan kerajaan dalam menjalankan pentadbiran negara berdasarkan prinsip asas Islam iaitu Maqasid Syariah.

    Lima elemen utama dalam Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal,
    keturunan dan harta merupakan kayu ukur utama yang akan digunakan untuk mengukur lapan bidang utama pentadbiran negera tersebut.

    Hasil kajian ini menunjukkan kerajaan yang diterajui UMNO martabatkan Syiar dan Syariat Islam di Malaysia. Ini juga membuktikan bukan sahaja UMNO ada dasar Islam tapi berjaya melaksanakan Islam di Malaysia negara yang majmud ini dengan model Islam yang pragmatik. Ia juga menolak tuduhan PAS yang mengatakan UMNO berdasarkan kebangsaan tak laksanakan Islam. PAS hanya beretorik sahaja.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...