Friday, 24 June 2016

PAS Salahkan Azmin Sebab Kalah Di PRK Sungai Besar

PAS Salahkan Azmin Sebab Kalah Di PRK Sungai Besar. Sokongan terbuka Datuk Seri Azmin Ali kepada calon Amanah merupakan punca kekalahan PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini, kata Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau dipetik Malay Mail Online sebagai berkata, PAS merasakan dikhianati Azmin meskipun ia mempunyai hubungan baik dengan menteri besar Selangor itu.

PAS Salahkan Azmin Sebab Kalah Di PRK Sungai Besar. Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata beliau memahami dilema Azmin yang menghadapi tekanan partinya (PKR) di Selangor.

Katanya, PAS tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi mahu parti itu menghormati kerusi PAS.

PAS Salahkan Azmin Sebab Kalah Di PRK Sungai Besar


Semalam, Azmin dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily berkata sukar berkomunikasi dengan pimpinan tertinggi PAS kerana parti itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

PAS Salahkan Azmin Sebab Kalah Di PRK Sungai Besar. “Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku,” kata Azmin.




2 comments:

  1. Eloknya bior azmin aje yg masuk pas.

    ReplyDelete
  2. Klu nak org sokong ko masuk jelah amanah

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...