Thursday, 2 June 2016

Nik Abduh Dakwa 'Dosa Besar' Guna Nama Tuan Guru Nik Aziz Tapi Tinggalkan PAS?

Nik Abduh Dakwa 'Dosa Besar' Guna Nama Tuan Guru Nik Aziz Tapi Tinggalkan PAS? Nik Abduh mengisytiharkan “dosa besar” bagi mereka yang tidak bersama PAS menyebut nama bapanya, allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mesej yang kelihatan ditujukan kepada Parti Amanah Negara (Amanah), Ketua Pemuda PAS juga berkata tidak guna mendakwa pengikut Nik Aziz tetapi tidak bersama parti itu.

"Dosa besar untuk menyebut nama dia tetapi berada di parti lain, dia [dari] muda sampai mati mempertahankan PAS,” katanya ketika menggulung ucapan di muktamar Pemuda PAS di sini.

Nik Abduh Dakwa 'Dosa Besar' Guna Nama Tuan Guru Nik Aziz Tapi Tinggalkan PAS?  "Jangan sebut nama tok guru dengan parti. [Boleh] puja perjuangan dia, [tetapi] bukan tubuh dia. Apabila jasad meninggal, jangan kamu tinggalkan perjuangan dia.”

Nik Aziz sering menjadi rujukan pemimpin dan penyokong Amanah, selain sikap warak dan rendah dirinya, kerana dianggap tegas menolak Umno dan ingin kekal dalam gabungan pembangkang.


Baca berita selanjutnya di SINI.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...