Monday, 27 June 2016

Najib Umum Kejutan Dalam Rombakan Kabinet?

Najib Umum Kejutan Dalam Rombakan Kabinet? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan empat menteri penuh yang baru, dalam rombakan kabinet diumumkannya hari ini.

Antara lain, rombakan kali ini menyaksikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dilantik Menteri Kewangan Kedua yang baru, menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang bersara. “Husni memberitahu saya untuk berundur diri, jadi saya hormatinya,” kata Najib.

Najib Umum Kejutan Dalam Rombakan Kabinet? Ahli Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz menggantikan Johari sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Mohamad Noh Omar kembali ke kabinet apabila dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang sebelum ini disandang Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman pula dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang juga bersara.


Najib Umum Kejutan Dalam Rombakan Kabinet?


Najib turut berkata akan mengumumkan penyusunan semula tugas menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Najib Umum Kejutan Dalam Rombakan Kabinet? Rombakan hari ini merupakan yang pertama selepas rombakan Julai 2015 yang menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Berikut senarai penuh perlantikan menteri dan timbalan menteri:

Menteri

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Mah Siew Kiong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahlan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Tan Sri Mohamad Noh Omar

Menteri Kewangan II: Datuk Johari Abdul Ghani

Timbalan Menteri

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Chua Tee Yong

Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Lee Chee Leong

Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Othman Aziz

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Datu Nasrun Datu Mansur

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: Datuk Henry Sum Agong

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Seri Devamany S Krishnasamy.








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...