Saturday, 11 June 2016

Najib Umum Hadiah Ramadhan Sempena PRK Kuala Kangsar

Najib Umum Hadiah Ramadhan Sempena PRK Kuala Kangsar. Selepas tertangguh sejak sekian lama, kerajaan akhirnya meluluskan projek pembinaan Jambatan Manong dengan peruntukan sejumlah RM43.5 juta.

Berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Noorul Huda, Manong malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkannya sebagai hadiah Ramadan kepada penduduk Kuala Kangsar.

Najib Umum Hadiah Ramadhan Sempena PRK Kuala Kangsar. “Jambatan Manong ini sudah lama tuan-tuan tunggu, betul? Tapi belum ada lagi majlis pelancarannya.

“Kerana kehendak tuan-tuan, saya telefon Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. Saya nak umumkan kerajaan luluskan projek ini dengan peruntukan RM43.5 juta,” katanya disambut sorakan hadirin.

Katanya, peruntukan itu cukup untuk membina jambatan dan jalan raya di sekitarnya yang sesuai dengan keperluan penduduk setempat.

Najib Umum Hadiah Ramadhan Sempena PRK Kuala Kangsar


“Maka selesailah soal Jambatan Manong. Mudah-mudahan inilah salah satu daripada hadiah Ramadan kali ini,” kata pengerusi BN itu.

Kelulusan projek jambatan yang menghubungkan Kampung Seberang Manong dengan Pekan Manong menerusi Sungai Perak itu termasuk dalam lima agenda calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid.

Najib Umum Hadiah Ramadhan Sempena PRK Kuala Kangsar. Semalam, AMANAH Perak mendesak kerajaan mengumumkan secara khusus tarikh pembinaan dan penyiapan jambatan tersebut.

Pengerusinya Asmuwi Ani mendakwa kerajaan sudah berjanji membina jambatan tersebut sejak tiga pilihan raya yang lalu.





2 comments:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...