Thursday, 9 June 2016

Najib Umum Bonus Raya 2016

Najib Umum Bonus Raya 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

Najib Umum Bonus Raya 2016. “Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini,” katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

“Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016,” kata perdana menteri.

Najib Umum Bonus Raya 2016


Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.



3 comments:

  1. Dulu janji kalu ada GST, bonus boleh dinaikkan. Habuk pun tarakkkkk

    ReplyDelete
  2. banyak betul iklan..

    ReplyDelete
  3. Kenape bonus tak masuk lagi

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...