Monday, 27 June 2016

Muhyiddin, Mukhriz Buka Parti Baru?

Muhyiddin, Mukhriz Buka Parti Baru? Persoalan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO Jumaat lepas, wujud apabila mereka mengakui menerima tawaran menyertai parti politik tertentu.

Namun, Muhyiddin menegaskan perkara itu sedang difikir secara mendalam oleh beliau dan Mukhriz.

Muhyiddin, Mukhriz Buka Parti Baru? “Saya dan Mukhriz akan membuat keputusan yang amat besar dalam sejarah hidup kami,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Mukhriz, lapor Bernama.

Muhyiddin tidak menolak beliau akan terus meneruskan perjuangan politik menerusi platform politik baharu tetapi tidak menjelaskan secara lanjut platform baharu yang dirancang digunakan kelak.

Muhyiddin dan Mukhriz masih berteka-teki sama ada akan menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu.

Muhyiddin, Mukhriz Buka Parti Baru?


Bekas Timbalan Presiden UMNO itu juga berkata, beliau dan Mukhriz masih berbincang tentang hal tersebut dan mendapat pandangan pelbagai pihak untuk menentukan hala tuju mereka dalam politik.

Jumaat lepas, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan memecat Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti itu manakala Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keahlian.

Muhyiddin, Mukhriz Buka Parti Baru? Ditanya tempoh masa untuk menentukan platform baharu itu, Muhyiddin bagaimana pun tidak dapat menyatakannya kerana perlu memikirkan secara mendalam dalam konteks negara pada hari ini.

“Kalau setakat tubuh parti baharu, hari ini pun boleh tubuh, tapi ia bukan hanya soal tubuh parti, ini bukan sebab saya atau Mukhriz, ini soal negara, apa nak difikirkan adalah hala tuju negara,” katanya.





Mohon sumbangan




2 comments:

  1. Bukalah parti baru baru best baru rakyat yg nak berpolitik ada plat form tapi jg ada kaitan dgn mana mana parti lain setakat berkerjasama boleh

    ReplyDelete
  2. Tubuh parti baru

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...