Monday, 6 June 2016

Muhammad Ali Di Kenang Sebagai Wira Oleh Umat Islam Amerika

Muhammad Ali Di Kenang Sebagai Wira Oleh Umat Islam Amerika. Pemergian legenda tinju Muhammad Ali merupakan kehilangan besar buat umat Islam di Amerika Syarikat (AS) kerana peranannya sebagai duta Islam di sebuah negara di mana agama itu dicurigai dan berdepan salah faham.

“Kami bersyukur kepada Tuhan kerananya,” Talib Shareef, presiden dan imam Masjid Muhammad di Washington memberitahu sekumpulan pemimpin umat Islam pada sebuah majlis memperingati Ali, yang meninggal dunia di sebuah hospital di Phoenix pada usia 74.


Muhammad Ali Di Kenang Sebagai Wira Oleh Umat Islam Amerika. “Amerika perlu bersyukur kepada Tuhan kerananya. Beliau merupakan wira Amerika.”

Umat Islam AS menganggap Ali seorang wira dan sebahagian daripada arus perdana negara itu, bermula daripada pergerakan menuntut hak sivil, pergerakan Islam berkulit hitam 1960an sehingga ke peristiwa 11 September 2001.

Antara lain, mereka memperingati Ali sebagai wira keadilan sosial, pendukung kerja amal dan penentang perang AS di Vietnam.

Bagi mereka, Ali merupakan seorang Islam yang disanjungi sebuah negara majoriti Kristian, walaupun masyarakat AS terkejut dengan penyertaannya dalam Nation of Islam dan keputusannya menukar nama daripada Cassius Clay pada 1964.

“Melihat sejarah masyarakat kulit hitam, faktor penting dalam penyebaran Islam di Amerika adalah Muhammad Ali,” kata Warith Deen Mohammed II, anak kepada bekas pemimpin Nation of Islam.

Muhammad Ali Di Kenang Sebagai Wira Oleh Umat Islam Amerika


Umat Islam yang berjumlah 3.3 juta mewakili 1% jumlah penduduk AS, dan sebahagian besar mereka merupakan imigran dan penduduk kulit hitam yang masuk Islam.

Walaupun mereka lebih sebati dengan masyarakat am berbanding umat Islam di Eropah, umat Islam AS menghadapi kesulitan biarpun negara itu semakin kurang ciri kulit putih dan Kristian.

Sejak 2001, mereka terpaksa berhadapan tindak balas rakyat Amerika yang memandang serong penduduk Islam dengan menganggap mereka pendukung kumpulan jihad.

Beberapa dekad lalu, pemimpin Islam berkulit hitam seperti Elijah Muhammad dan Malcolm X mengetuai penentangan terhadap pentadbiran kulit putih dalam perjuangan menuntut hak sama rata untuk minoriti agama dan etnik.

Elijah mengembangkan fahamannya dengan mengecam penindasan dilakukan golongan kulit putih dan juga menentang sebarang usaha ke arah integrasi kaum.

Walaupun Ali disanjungi, beliau pernah ditolak masyarakat kulit putih dan juga sebilangan pemimpin kulit hitam selepas mengeluarkan beberapa kenyataan tegas mengenai kumpulan haluan kanan kulit putih, serta keengganannya menyokong cara Martin Luther King, seorang penganut Kristian.

Muhammad Ali Di Kenang Sebagai Wira Oleh Umat Islam Amerika


“Proses penjinakan imej Ali sejak kebelakangan ini menyebabkan ramai lupa yang beliau pernah dibenci pada tahun 1960an kerana memeluk Islam dan kerana tidak mahu menyertai tentera AS,” kata Frank Guridy, profesor sejarah di Columbia University.

“Beliau disifatkan pengkhianat kepada Amerika Syarikat.”

Ali memeluk Islam pada tahun 1970an dan mengikuti aliran Sufi.

Pada majlis memperingatinya di Washington, pelbagai pemimpin Islam memberikan ucapan memuji Ali.

Disember lalu, Ali mempertahankan umat Islam selepas calon Republican untuk pilihan raya presiden, Donald Trump, berkata umat Islam tidak patut dibenarkan memasuki AS susulan serangan militan di Paris dan California.

“Pemimpin politik sepatutnya menggunakan kedudukan mereka bagi membawa pemahaman tentang Islam, dan memberi penjelasan yang pembunuh sesat seperti itu hanya mencemarkan pandangan tentang Islam yang sebenar,” kata Ali dalam kenyataannya.

Muhammad Ali Di Kenang Sebagai Wira Oleh Umat Islam Amerika. Ali pernah menggunakan pengaruhnya dalam menuntut pembebasan wartawan Washington Post, Jason Rezaian, yang dipenjarakan 18 bulan di Iran, serta wartawan Wall Street Journal, Daniel Pearl, yang ditawan pelampau Islam di Pakistan yang dipancung kepala pada 2002.

“Muhammad Ali merupakan anugerah Tuhan,” kata Nihad Awad, pengarah Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), “bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga seluruh dunia”, lapor Reuters.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...