Saturday, 25 June 2016

Mufti Pahang Kantoi

Mufti Pahang Kantoi. Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu video dipercayai daripada militan IS yang merakamkan mesej untuk memerangi warga dan pihak berkuasa Malaysia.

Mengikut ideologi mereka, ‘darah orang kafir halal ditumpahkan’ (boleh dibunuh). Malah tidak berhenti di situ, bagi mereka darah polis termasuk yang Muslim, dirujuk sebagai Bukit Aman, juga halal ditumpahkan.

Mufti Pahang Kantoi. Manhaj takfiri atau pemikiran mudah mengkafirkan sesama Islam jelas berbahaya kerana boleh menjadi alat justifikasi kepada perlakuan keganasan. Selain bahaya pemikiran mengkafirkan yang Muslim, satu lagi pemikiran yang juga bahaya adalah ‘mengharbikan’ yang kafir. Bermudah-mudah menggelar penganut agama lain sebagai kafir harbi, golongan kafir yang wajar diperangi.

Kedua-dua amalan ini boleh mencetuskan tindakan ganas kerana ramai yang percaya kafir harbi itu wajib diperangi dan halal untuk dibunuh.

Amat menyedihkan pada saat Malaysia diancam dengan keganasan daripada puak yang melencong ideologi agamanya, kita mendengar pula laporan akhbar yang rapat dengan parti pemerintah, Utusan menyebut Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman melabelkan DAP sebagai kafir harbi serta menyeru agar DAP diperangi.

Gelaran harbi dan seruan memerangi tentu sekali menghantar isyarat kepada umum, halal untuk bertindak ganas ke atas mana-mana ahli atau penyokong DAP.

Mufti Pahang Kantoi


Mufti Pahang mengecam parti DAP sebagai harbi dengan alasan DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah. Ini jelas menunjukkan kecaman itu berat sebelah dan satu cubaan bermain politik.

Ini kerana terdapat parti komponen BN terutamanya di Sabah dan Sarawak, secara terbuka menyatakan mereka menolak pelaksanaan hukum hudud. Dan sehingga kini tidak ada sebarang tanda daripada parti komponen BN yang menolak hukum hudud akan menyokong RUU Persendirian Mahkamah Syariah yang dibentangkan Mei lalu.

Mengapa mereka tidak turut diserang sebagai golongan yang wajib diperangi? Kerana mereka masih bersama dengan BN?

Sebagai seorang mufti, tidak molek juga apabila bermudah-mudah menuduh mereka yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan RUU Persendirian Mahkamah Syariah itu sebagai menentang Islam. Lantas daripada tuduhan dilemparkan itu terus dikeluarkan satu seruan memerangi mereka yang kononnya menentang Islam.

Terdapat pelbagai alasan dari sudut perlembagaan, perundangan dan sistem politik yang menjadi asas untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan RUU Persendirian Mahkamah Syariah. Bukannya kerana benci atau menentang Islam.

Malah jika cukup cakna, pasti tahu di kalangan sarjana Islam serata dunia sendiri masih lagi memperdebatkan tentang kewajaran melaksanakan hukum hudud pada zaman ini.

Umat Islam tentunya berharap institusi mufti dapat mempelopori isu golongan terpinggir seperti warga miskin dan tertindas dari sudut ekonomi, menegur salah guna kuasa dan korupsi, mengangkat wacana segar seputar maqasid syariah dan lain-lain.

Mufti Pahang Kantoi. Bukannya rancak bermain politik partisan, serta tidak sepatutnya membuka pintu keganasan yang bakal mengancam penganut agama lain juga sebahagian umat Islam melalui kenyataan sebegini.



Edry Faizal Eddy Yusof 
AJK DAP Selangor



2 comments:

  1. Bukan zimmi, bukan harbi, tp sama sama berkongsi kuasa, sama sama terikat dgn undang undang negara, sama sama kena patuh pd undang undang negara.

    ReplyDelete
  2. mufti sila letak jawatan.. bukan kerana tidak layak tetapi kerana culas dalam mengeluarkan kata2 serta mencemar imej islam seolah2 berakidah ISIS dan syiah yg suka menumpahkan darah sesame manusia

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...