Saturday, 25 June 2016

MT Umno Dedah Sebab Pecat Muhyiddin Dan Mukhriz

MT Umno Dedah Sebab Pecat Muhyiddin Dan Mukhriz. Tindakan UMNO memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir semalam adalah untuk mengembalikan disiplin anggota parti, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata langkah itu terpaksa diambil bagi menjaga kepentingan umum parti sekali gus memberi amaran kepada mana-mana anggota supaya tidak melanggar disiplin pada masa depan.

“Kita ada satu undang-undang, tak boleh kecualikan mana-mana pihak daripada mana-mana tindakan. Jika tiada disiplin maka runtuhlah parti. (Maka) demi menjaga kepentingan umum maka tindakan tegas perlu diambil.

“Ini menunjukkan kita cintakan parti, kita mahu mengembalikan disiplin dan (memberi) amaran kepada pihak yang melanggar disiplin parti. Kita adalah satu organisasi, ada peraturan, maka tiada siapa yang terkecuali,” katanya.

Mustapa ditemui pemberita selepas melawat Mek Som Mat Diah, 89, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini. Warga emas itu putus kaki kiri akibat ditetak remaja lelaki di Pasir Mas, Ahad lepas.

MT Umno Dedah Sebab Pecat Muhyiddin Dan Mukhriz


Majlis Tertinggi UMNO semalam memecat Muhyiddin dan Mukhriz kerana melakukan pelanggaran disiplin manakala Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keanggotaannya sehingga Majlis Tertinggi menerima laporan daripada

Jawatankuasa Disiplin parti.

Mustapa yakin sebarang kesan susulan pemecatan dua anggota parti itu akan hanya bersifat sementara dan tidak terlalu menjejaskan parti.

“Kalau kita kata tak ada kesan langsung itu mustahillah, kesan tetap ada sehari dua ini tetapi (lama-kelamaan) anggota parti akan faham. Kalau ada pun tak banyak dan ia bersifat sementara dan akhirnya kita akan bertaut kembali,” katanya. MT Umno dedah sebab pecat Muhyiddin dan Mukhriz

Beliau turut melawat Ketua Biro The Star Kelantan Syed Azhar Alqadri yang menjalani pembedahan pintasan jantung pada 11 Jun lepas, di hospital sama.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...