Wednesday, 8 June 2016

Menteri Ugut Pengundi PRK Sungai Besar


Menteri Ugut Pengundi PRK Sungai Besar. Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri didakwa mengugut pengundi Sungai Besar apabila berkata, mereka perlu memilih calon BN dalam pilihanraya kecil 18 Jun ini sekiranya mahu mendapatkan bantuan segera daripada kerajaan Pusat.

Sebaliknya, kata beliau, sekiranya wakil pembangkang yang menang, ia menyebabkan bantuan yang seharusnya sampai ke Sungai Besar akan lambat tiba.

Menteri Ugut Pengundi PRK Sungai Besar. "Kalau Budiman tidak dipilih nanti, kadang-kadang bantuan agak lambat sampai kerana bukan sesama parti dalam kerajaan.

"Biasanya kalau sesama parti dalam kerajaan, ia lebih mudah dalam membantu dan memberi perkhidmatan kepada orangramai, katanya yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak," kata Nancy.

Kenyataan Nancy ini dikesali oleh blogger dan juga Pakatan Harapan.

"Tidakkah ini sebenarnya suatu ugutan kepada pengundi?

"Sejak bila bantuan kerajaan berdasarkan parti? Bukankah semua rakyat, tanpa mengira parti apa sekali pun, mereka membayar cukai yang sama kepada kerajaan?


Menteri Ugut Pengundi PRK Sungai Besar


"Adakah BN sudah mula cemas dan terdesak di Sungai Besar sehingga terkeluar kata-kata berupa ugutan seperti itu?

"Ini baru ugutan secara terbuka, belum lagi yang dilakukan secara tertutup, yang disampaikan kepada kumpulan kecil pengundi, dibisikkan dari telinga ke telinga dan pelbagai cara lainnya," tulis blogger Shahbuddin Husin dalam blognya hari ini.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) mengecam tindakan  Nancy itu yang didakwa mengugut pengundi di Sungai Besar agar memilih calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menyifatkan tindakan Nancy sebagai terdesak dan memalukan.

Menteri Ugut Pengundi PRK Sungai Besar


“Adakah mereka sudah begitu tertekan sehingga tidak ada cara lain selain mengugut pengundi di Sungai Besar.

“Saya rasa itu amat memalukan jika Nancy mengeluarkan kenyataan sedemikian mengugut rakyat,” katanya dalam sidang media di Sungai Besar hari ini.

Ujarnya, BN harus menghormati pilihan rakyat dan sesiapa yang dipilih kelak haruslah diberi layanan setara.

Menteri Ugut Pengundi PRK Sungai Besar. “Sebenarnya siapa sahaja yang dipilih rakyat perlu dihormati dan diterima oleh kerajaan BN dan tindakan mengugut sebegitu rupa amat memalukan,” katanya lagi.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...