Monday, 20 June 2016

MB Selangor Umum Bonus Raya 2016 Satu Setengah Bulan Gaji

MB Selangor Umum Bonus Raya 2016 Satu Setengah Bulan Gaji. Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak satu bulan setengah gaji kepada kakitangan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, seramai 17,528 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan itu pada 1 Julai ini melibatkan peruntukan RM45.6 juta.

“Tidak wajarlah sekadar ucapan terima kasih atas komitmen penjawat awam tanpa sebarang insentif.

MB Selangor Umum Bonus Raya 2016 Satu Setengah Bulan Gaji. “Maka, kita bersetuju memberikan tiga insentif termasuk bantuan kewangan aidilfitri, kenaikan gaji sebanyak dua kali bagi 2016 dan kenaikan imbuhan tetap perumahan,” katanya di hadapan lebih 1,000 penjawat awam.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK hari ini.

MB Selangor Umum Bonus Raya 2016 Satu Setengah Bulan Gaji



Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dan barisan Exco Negeri.


MB Selangor Umum Bonus Raya 2016 Satu Setengah Bulan Gaji


Himpunan Bulanan Penjawat Awam host MBSA MB Azmin Bonus (ASRI) (5)Mohamed Azmin berkata, penjawat awam bakal menerima dua kenaikan gaji iaitu kenaikan biasa dan kenaikan khas.

“Sejumlah RM6.38 juta sudah disediakan bagi kenaikan pertama bermula 1 Julai ini.

MB Selangor Umum Bonus Raya 2016 Satu Setengah Bulan Gaji. “Sementara itu, RM11.2 juta peruntukan untuk kenaikan baru imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah, daripada RM180 kepada RM300,” katanya disambut sorakan hadirin.





2 comments:

  1. mcm mana selagor boleh bagi 15kali lebih besar dr najib?

    sapa lebih hebat?

    ReplyDelete
  2. Terbaik mb selangor..tahun 2017 bonus 2bulan gaji..amin

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...