Sunday, 5 June 2016

MB Kedah Masuk ICU

MB Kedah Masuk ICU. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan rebah ketika menghadiri satu mesyuarat awal malam ini.

Menurut laporan The Star Online, Ahmad Bashah sedang menghadiri mesyuarat pada pukul 7 malam bersama anggota UMNO yang akan dihantar membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

MB Kedah Masuk ICU. Menurut laporan itu lagi, Ahmad Bashah dihantar ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) sekitar 7.30 malam dan ketika ini sedang menjalani rawatan di Unit Kawalan Rapi ( ICU), kata seorang sumber seperti yang dipetik portal berkenaan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dirawat di Pusat Perubatan Kedah (KMC) selepas rebah ketika menghadiri mesyuarat dengan ADUN Kedah, petang tadi. 


MB Kedah Masuk ICU


Beliau dilaporkan rebah ketika di tandas Hotel Grand Alora pada jam 7.30 malam dan terus dihantar ke KMC. 

Menurut sumber, keadaan beliau adalah stabil serta boleh berbual dan sedang berehat atas nasihat doktor. 

MB Kedah Masuk ICU. Difahamkan mesyuarat berkenaan untuk berbincang mengenai lawatan beliau ke semua kawasan DUN Kedah, tidak lama lagi.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...