Friday, 17 June 2016

Mana Satu Betul Ni? Amanah Cakap Ya.. Muhyiddin Cakap Tidak..

Mana Satu Betul Ni? Amanah Cakap Ya.. Muhyiddin Cakap Tidak. Memasuki hari terakhir kempen, timbalan presiden Umno yang digantung tugas Tan Sri Muhyiddin Yassin turut turun berkempen di Sungai Besar.

Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata beliau berkempen supaya pemilih mengundi calon mereka Azhar Abdul Shukor esok.

Bagaimanapun, seorang pegawai Muhyiddin menafikannya.

Mana Satu Betul Ni? Amanah Cakap Ya.. Muhyiddin Cakap Tidak. "Tak, dia jalan sendiri," katanya ketika diminta mengesahkan perkara itu.

Laman sosial AMANAH hari ini melaporkan Muhyiddin melawat pasar awam dan pasar tani Pasir Panjang kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan ditemani Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM).

GKCM dianggotai ketua-ketua cawangan Umno yang menolak pentadbiran perdana menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.


“Lawatan beliau itu sekali gus melengkapkan sokongan pemimpin utama kumpulan Gerakan Selamatkan Malaysia yang mahu Najib meletak jawatan,” menurut tulisan di Facebook AMANAH.

Mana Satu Betul Ni? Amanah Cakap Ya.. Muhyiddin Cakap Tidak



Ditanya berkaitan perkara itu, pegawai Muhyiddin itu memberitahu:

"Itu AMANAH yang cakap, bukan Tan Sri yang cakap," katanya ketika dihubungi Malaysiakini melalui aplikasi WhatsApp.


Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meletakkan jawatan sebagai anggota Umno sebagai protes terhadap pentadbiran Najib, turut turun menyatakan sokongan kepada calon AMANAH.

AMANAH berdepan BN dan PAS dalam pilihan raya kecil itu. Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang tipis kira-kira 400 undi sahaja.

Mana Satu Betul Ni? Amanah Cakap Ya.. Muhyiddin Cakap Tidak. Pilihan raya kecil itu diadakan serentak dengan Kuala Kangsar susulan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter di Sarawak bulan lepas.




1 comment:

  1. Agak2 Deklari Rakyat sokong sapa? Tu jawapannya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...