Friday, 17 June 2016

Makin Panas.. Rafizi Dedah Lagi Di PRK Kuala Kangsar

Makin Panas.. Rafizi Dedah Lagi Di PRK Kuala Kangsar. Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini meminta Jabatan Perdana Menteri supaya mengesahkan sama ada jet ACJ320 9M-NAB berada di Kazakhstan untuk diselenggara atau tidak.

Ini kerana Rafizi dimaklumkan sehingga kini tidak ada sebarang laporan mengenai aktiviti senggaraan ke atas ACJ320 9M-NAB seperti yang didakwa.

Makin Panas.. Rafizi Dedah Lagi Di PRK Kuala Kangsar. “Selalunya pergerakan dan aktiviti jet dilaporkan secara terperinci oleh perunding penerbangan seperti Aero Transport Databank (www.aerotransport.org),” katanya dalam satu sideng media di Ibu Pejabat Amanah Kuala Kangsar.

Dalam pada itu Rafizi meminta kerajaan menerangkan kenapa tidak ada jet gantian sepertimana amalan biasa sehingga perlu menyewa sebuah jet baru daripada Emirates.


Makin Panas.. Rafizi Dedah Lagi Di PRK Kuala Kangsar


“Datin Seri Rosmah Mansor boleh sahaja menggunakan satu lagi jet sedia ada iaitu ACJ319 9M-NAA memandangkan sekarang pun ada 2 jet yang beroperasi iaitu ACJ319 9M-NAA dan BBJ737-700 M53-01,” katanya.

Dalam beberapa sidang media sebelum ini, Rafizi antara lain mendakwa kerajaan membelanjakan sehingga RM86 juta bagi menyewa jet tersebut.

Makin Panas.. Rafizi Dedah Lagi Di PRK Kuala Kangsar.  Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor mewajarkan tindakan menyewa itu dengan berkata Rosmah memiliki jadual yang padat.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...