Tuesday, 21 June 2016

Mahathir Punca Kekalahan Pembangkang.. Ini Buktinya?

Mahathir Punca Kekalahan Pembangkang.. Ini Buktinya? Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertegas menolak sebarang usaha bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya menjadi punca segala kepincangan negara, kata sayap pemuda parti itu hari ini.

Jurucakapnya Khalid Ismath dalam membuat rumusan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) berkata, antara sebab pembangkang ditolak ialah kerana mengadakan kerjasama dengan Dr Mahathir dan bekas pemimpin kerajaan lain.

Mahathir Punca Kekalahan Pembangkang.. Ini Buktinya? “Rakyat menilai pemimpin BN sebagai zalim, jahat dan mesti dijatuhkan namun dalam masa sama rakyat melihat pembangkang yang mengubah haluan dengan bersama sebahagian pemimpin BN seperti Mahathir, Muhyidin, Mukhriz dan Shafie Afdal ini adalah jauh lebih jijik kerana dilihat sebagai menggadai prinsip dan memperdaya rakyat,” kata Khalid.

Sabtu lepas, BN menang di kedua-dua PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan majoriti jauh lebih besar daripada pilihan raya umum 2013.

Mahathir Punca Kekalahan Pembangkang.. Ini Buktinya?


Calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang di Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969 (dari hanya 1,083 pada 2013) manakala Budiman Mohd Zohdi menang di Sungai Besar dengan majoriti 9,191 (dari hanya 399 pada 2013), menewaskan calon Amanah dan PAS di kedua-dua kawasan Parlimen itu.

Khalid menuduh Amanah bertindak angkuh kerana yakin penglibatan Dr Mahathir akan memastikan kemenangan.

“Hari demi hari, makin ramai rakyat dan pemimpin politik meninggalkan Deklarasi yang dibawa Mahathir, (Lim) Kit Siang dan Mohamad Sabu,” katanya merujuk pemimpin DAP dan Amanah.

Mahathir Punca Kekalahan Pembangkang.. Ini Buktinya?


Beliau mendakwa ramai aktivis dan ahli parti pembangkang tidak keluar mengundi kerana tidak mahu bersekongkol dengan “nama-nama jahat”.

Katanya rakyat perlu menolak Deklarasi Rakyat dianjurkan Dr Mahathir yang menurutnya “untuk kepentingan politik peribadi Mahathir”.

Mahathir Punca Kekalahan Pembangkang.. Ini Buktinya? “Ini bukan salah PAS mahupun Hadi, kerana jika pertembungan dua penjuru pun, BN masih menang besar dan undi kepada BN tetap meningkat,” kata Khalid merujuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.




Mohon sumbangan..



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...