Wednesday, 15 June 2016

Mahathir Buat Kejutan Di PRK Kuala Kangsar Esok

Mahathir Buat Kejutan Di PRK Kuala Kangsar Esok. Setelah mengadakan kolokium bersama calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar minggu lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan meneruskan pusingan akhir siri kempennya dengan mendekati pengundi dan veteran Umno pada Khamis dan Jumaat ini.

Dalam rangka kempennya kali ini Tun dijangka lebih mendekati pengundi di dua PRK berkenaan berbanding kolokium yang diadakan bersama pemimpin pakatan pembangkang dan calon Pakatan Harapan yang bertanding sebelum ini.

Mahathir Buat Kejutan Di PRK Kuala Kangsar Esok. AJK Sekretariat Deklarasi Rakyat Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, pusingan akhir kempen Tun Mahathir ini akan lebih dekat dengan hati pengundi di dua PRK berkenaan.

"Kali ini Tun akan lebih mendekati pengundi di dua kawasan parlimen berkenaan.

"Ada beberapa pertemuan dikalangan veteran Umno, pengundi atas pagar dan pengundi cina dalam jadual dua hari itu,"


Mahathir Buat Kejutan Di PRK Kuala Kangsar Esok


"Juga kita ada kejutan untuk mendapatkan lebih ramai penyokong Deklarasi Rakyat,"ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Tun Mahathir dijangka akan kembali ke Parlimen Kuala Kangsar pada 16 Jun ini (esok) untuk menghadiri Forum 'Selamatkan Malaysia' bersama Deklarasi Rakyat dengan pengundi Melayu dan Cina di Manong pada jam 11 pagi.

Selepas itu pada jam 1 tengahari dijangka Tun Mahathir akan menghadiri program bersama pengundi Cina di Pekan Kuala Kangsar sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada jam 3 petang.

Mahathir Buat Kejutan Di PRK Kuala Kangsar Esok


Pada 17 Jun (Jumaat) Tun Mahathir akan ke Parlimen Sungai Besar yang mana beliau akan memulakan programnya bertemu pengundi di Pekan Sungai Besar dan menghadiri program bersama pengundi Melayu sahaja.

Tun Mahathir juga dijangka akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Simpang Lima, Sungai Besar. Selesai solat beliau dijadualkan akan menghadiri progrm bersama pengundi Cina di Sekinchan.

Mahathir Buat Kejutan Di PRK Kuala Kangsar Esok. Pada 11 dan 12 Jun lalu Tun Mahathir telah berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang mana calon Pakatan Harapan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Azhar Ab Shukur telah menandatangani Deklarasi Rakyat.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...