Thursday, 30 June 2016

Lim Guan Eng Didakwa, Hadapi 2 Pertuduhan

Lim Guan Eng Didakwa, Hadapi 2 Pertuduhan. Ketua Menteri Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya hari ini.

Menurut Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Lim Guan Eng ditahan dibawah Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dipercayai berkaitan tanah pertanian dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn. Guan Eng akan dibawa di Mahkamah Sesyen George Town esok.

Lim Guan Eng Didakwa, Hadapi 2 Pertuduhan.  “Seksyen 23 Akta SPRM kerana mengizinkan permohonan zon semula tanah milik syarikat Phang Li Koon, Magnificent Emblen dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli hartanah bawah nilai pasaran,” jelas Kon Yeow.

Exco Dr Afif Bahardin berkata Guan Eng kini dibawa ke ibu pejabat SPRM di Jalan Northam. Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dipercayai akan mengadakan vigil di situ pada jam 8.30 malam ini.

Dalam kejadian petang tadi, sekumpulan 12 anggota SPRM dilihat memasuki bangunan Komtar dari pelbagai arah seolah-olah mercu tanda itu sedang dikepung.

Lim Guan Eng Didakwa, Hadapi 2 Pertuduhan


Sebaik tiba di tingkat 28, enam anggota SPRM masuk ke bilik mesyuarat Exco diikuti empat anggota lain tidak lama kemudian.

Peguam Sanisvara Nethaji Rayer dan adiknya, Lim Hui Ying tiba di pejabat Guan Eng tidak lama kemudian. Kerisauan tampak jelas di wajah ahli keluarganya itu.

Lim Guan Eng Didakwa, Hadapi 2 Pertuduhan.  Exco Phee Boon Poh, Lim Hock Seng dan Law Heng Kiang menitiskan air mata ketika Guan Eng diiring keluar oleh anggota SPRM.

Syabas SPRM!! Selepas ini bolehlah SPRM serbu pemimpin UMNO BN pulak.. jangan double standard. Tunjukkan ketelusan SPRM dan ianya bukan bertindak atas arahan tangan-tangan ghaib.








1 comment:

  1. UMNO/BN telah mula buka pekung sendiri pabila LGE ditahan oleh SPRM adakah UMNO sedar yang SPRM telah buka perangkap untuk pemimpin UMNO sendiri sepertimana berlaku pada mantan MB Selangor Khir Toyo ,dimahkamah LGE sudah tentu tidak mengaku dan minta dibicara bila sudah ada pertuduhan semestinya saksi kedua belah pehak akan memberi kenyataan masing-masing dan LGE sebagai KM sudah semesti punya data dan rekod peninggalan BN dibawah tadbiran gerakan adakah UMNO sudah yakin yang gerakan akan menyebelahi UNMO pabila mereka diasak oleh peguam bela dengan data dan rekod yang berada dipenbat Km hasil peninggalan kerja buat BN sendiri,kita tunggu itulah sebabnya LGE tidak gentar pabila SPRM menahan dia.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...