Thursday, 2 June 2016

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Disaman Rafizi Ramli?

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Disaman Rafizi Ramli? Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkemungkinan akan menyaman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kerana menuduh beliau berniat jahat dan berbohong kerana tindakan membela pesara tentera yang lambat diberikan pampasan.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana tindakannya itu dijadikan alasan LTAT menekannya dengan mengeluarkan saman dan dibicarakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang boleh membawa hukuman mandatori sekurang-kurangnya satu bulan penjara.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Disaman Rafizi Ramli?  "Pada masa yang sama saya terus mendapat aduan setiap minggu dari pesara tentera bahawa berlaku kelewatan dalam pembayaran pampasan persaraan.

"Pun begitu, saya teruja untuk bertemu LTAT dan barisan pimpinan LTAT di mahkamah.

"Saya kini sedang menyiapkan Penyata Pembelaan (“Statement of Defence”) bersama-sama pasukan peguam saya yang akan difailkan minggu depan.

"Saya juga sedang mempertimbangkan kewajaran menyaman LTAT yang dari awal menuduh saya berniat jahat dan perkara yang saya bawa adalah pembohongan; sedangkan maklumat terkini dari laporan Ketua Audit Negara dan lain-lain menunjukkan fakta-fakta yang saya kemukakan tidak pernah dibidas." ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Naib Presiden PKR itu berkata, perbicaraan kes ini akan memberi ruang kepada beliau untuk memanggil saksi-saksi yang selama ini berjaya melepasi perhatian awam.

"Sebagai Ketua Eksekutif LTAT, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin beliau tidak boleh lari dari hadir memberi keterangan dalam kes ini.

"Kes ini juga akan memberi ruang kepada saya membuat permohonan kepada mahkamah mendapatkan pelbagai maklumat dan dokumen berkaitan isu-isu kewangan yang membabitkan LTAT dan 1MDB.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Disaman Rafizi Ramli?


"Saya yakin selagi kita memberi perhatian untuk terus membongkar 1MDB, selagi itu kita akan berjaya mengekalkan fokus rakyat kepada isu-isu penyelewengan berhubung 1MDB ini," ujarnya.

Pada 30 Mac 2016, Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Tan Sri Laksamana (B) Mohd Anwar Mohd Nor mengeluarkan kenyataan supaya Rafizi menyerahkan nama-nama pesara tentera yang belum menerima pampasan persaraan dari LTAT walaupun telah bersara berbulan-bulan.

Beliau memberi tempoh 24 jam untuk Rafizi kemukakan senarai itu dengan ugutan akan menyamannya sekiranya gagal dipatuhi; LTAT akan memfailkan saman terhadapnya.

Pada 31 Mac 2016, Ahli Parlimen Pandan itu telah mengemukakan senarai 110 pesara tentera yang belum menerima pampasan gratuiti pada ketika itu seperti yang dituntut.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Disaman Rafizi Ramli?


Pada 4 April 2016, LTAT mengeluarkan kenyataan mengenai status pembayaran pampasan kepada 110 pesara tentera itu yang secara tidak langsung mengakui memang ada kelewatan pembayaran pampasan. Status mereka adalah seperti berikut:

"Pertamanya 69 dari pesara yang saya kemukakan dibayar di antara 16 Mac 2016 dan 4 April 2016

"Keduanya dokumen bagi 23 pesara tentera baru diperolehi dari Unit Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan pembayaran sedang diproses dan ketiganya dokumen bagi 16 pesara belum diterima dari UGAT.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Disaman Rafizi Ramli? "Walaupun kenyataan LTAT pada 30 Mac 2016 mengaitkan tindakan saman terhadap saya bersyarat jika saya gagal mengemukakan senarai pesara tentera yang lewat mendapatkan pampasan, nampaknya LTAT tidak patuh kepada syaratnya sendiri apabila ia menghantar Surat Tuntutan (“Demand Letter”) pada 5 April 2016 iaitu hari yang sama saya ditahan polis di bawah OSA.

"Dua minggu kemudian pada 13 April 2016, LTAT menyerahkan kepada saya writ saman dan Penyata Tuntutan (“Statement of Claim”) yang telah difailkan di mahkamah." terang Rafizi dalam kenyataan itu.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...