Thursday, 30 June 2016

Langsung Pendakwaan Lim Guan Eng

Langsung Pendakwaan Lim Guan Eng. Polis Pulau Pinang hari ini menjalankan kawalan ketat di kawasan Mahkamah Sesyen, menjelang pendakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 10.00 pagi ini.

Beberapa jalan utama ke mahkamah ditutup dan hanya peguam bela, keluarga dan kenalan rapat Lim dan Phang dibenarkan berada di kawasan mahkamah.


Langsung Pendakwaan Lim Guan Eng.“Polis akan mengambil tindakan jika ada yang engkar dengan arahan polis,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid, dipetik Bernama.

Pendakwaan akan diketuai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang semalam mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Lim dan ahli perniagaan Phang Li Khoon.

Mereka dijangka didakwa di bawah Akta SPRM 2009, berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta yang sebelum ini dikatakan di bawah harga pasaran.

Pembelian banglo oleh Lim itu dikaitkan dengan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin kepada sebuah syarikat swasta.

Langsung Pendakwaan Lim Guan Eng


Malam semalam, lebih 500 orang berhimpun di luar perkarangan pejabat SPRM di Jalan Northam, George Town, menuntut Lim dibebaskan.

Penunjuk perasaan disertai beberapa pemimpin Pakatan Harapan melaungkan “Bebas Guan Eng” dan “Tangkap Najib” sejak 8.30 malam lagi, sambil membawa pelekat mengecam penahanan itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial.


Langsung Pendakwaan Lim Guan Eng


Beliau juga akan didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Langsung Pendakwaan Lim Guan Eng. Sementara itu, ahli perniagaan wanita Phang Li Khoon, yang menjual banglo tersebut kepada Lim, juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen George Town.

Malaysiakini membuat liputan LANGSUNG.

10am: Guan Eng dibawa masuk ke dalam mahkamah.

9.45am: Lim Kit Siang tiba bersama keluarga. mereka memasuki dewan mahkamah.

Phang diwakili peguam K Kumaraendran dan Devkumar Kumarendran.

Hakim Mahkamah Sesyen Roslan Hamid mendengar kes itu.

9am: Mahkamah penuh sesak. Tempat duduk dipenuh petugas media dan beberapa pegawai Cawangan Khas.

Pasukan peguam Guan Eng termasuk Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, M Kulasegaran dan RSN Rayer.

Isteri Karpal Singh, Gurmit, turut hadir di mahkamah. Begitu juga bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Guan Eng dan Phang Li Khoon dijangka didakwa di mahkamah pada pukul 10 pagi.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...