Thursday, 9 June 2016

KJ Tegur Cara Kempen Ketua Umno Bahagian Sungai Besar

KJ Tegur Cara Kempen Ketua Umno Bahagian Sungai Besar. Papan tanda muka Datuk Jamal Md Yunos dengan petikan kata-kata ‘Panggil Cina Babi tidak salah’ yang didirikan di Sekinchan boleh menimbulkan kemarahan orang ramai, kata Khairy Jamaluddin.

Lantas Ketua Pemuda UMNO menyeru semua pihak berkepentingan dalam pilihan raya supaya berkempen secara sihat, terutama sekali di bulan Ramadan. “Usaha untuk menimbulkan kemarahan kaum sangat tidak bertanggungjawab.

KJ Tegur Cara Kempen Ketua Umno Bahagian Sungai Besar. Harap mereka yang meletakkan billboard itu tidak mengulangi lagi kerana boleh menimbulkan kemarahan orang. Kempen tidak sihat seperti ini perlu ditolak,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Jelasnya, individu yang dikaitkan pada papan tanda itu, iaitu Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos juga harus tampil memberi penjelasan.

“Billboard yang merujuk kepada kenyataan itu kita tidak tahu ia betul atau tidak, kena tanya tuan punya badan (Jamal),” katanya.


KJ Tegur Cara Kempen Ketua Umno Bahagian Sungai Besar


Selain daripada papan tanda wajah Jamal, turut didirikan papan tanda yang tertera logo syarikat 1MDB dengan slogan ‘BN PAS Sehati Sejiwa, Rasis Rasuah Sama Sekali’ diatas kepala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sementara itu, Khairy berkata BN telah menyusun perancangan khas khusus bagi menarik sokongan Cina di Sekinchan.

KJ Tegur Cara Kempen Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.“Kita ada perancangan tersendiri di sana melalui parti komponen. Saya juga akan luang masa dalam kempen untuk ke Sekinchan dan berkempen bersama anak muda masyarakat Cina.

“Walaupun ini cabaran kita, tetapi saya percaya dan yakin kita tidak boleh mengaku kalah serta langsung tidak dekati pengundi Cina muda,” katanya.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...