Saturday, 25 June 2016

Kilang Roti High 5 Buang Pekerja

Sebilangan pekerja Melayu syarikat pembuat roti, High 5 Consolidated Berhad di sini hilang arah selepas tiba-tiba diberhentikan kerja.

Ketua Cawangannya, Mohd Rosnizam Abu Said mempersoal nasib pekerja Melayu yang bakal menghadapi Hari Raya Aidilfitri selepas diberhentikan kerja secara tiba-tiba selain hanya diberi gaji setengah bulan pada bulan ini.

“Macam mana pekerja Melayu nak hadapi raya dengan setengah bulan gaji? Ini satu perkara yang betul-betul mengecewakan.

“Pihak pengurusan bersifat lepas tangan,” katanya dalam sidang media yang turut disertai pekerja syarikat terbabit di hadapan ibu pejabat syarikat pembuat roti High-5.

Menerangkan secara lanjut, Rosnizam berkata pada 22 Jun lalu beliau dan 59 orang yang lain telah diberitahu dan diberi notis pemberhentian kerja 24 jam oleh pihak syarikat.

“Hari Khamis bila kami datang, tiada kerja dan diminta menerima surat notis berhenti 24 jam. Ini umpama satu penipuan oleh pihak syarikat,” luahnya.

Lebih buruk apabila beliau menuntut terdapat juga pekerja yang tidak dibayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama lapan hingga 12 bulan.


Kilang Roti High 5 Buang Pekerja


“Bayaran KWSP sebilangan pekerja tertunggak sehingga lapan ke 12 bulan. Kami banyak ditipu dan diperdaya oleh syarikat. Kami minta keadilan untuk pekerja syarikat ini,” katanya.

Tambahnya, situasi ini dihadapi semua pekerja High 5 di semua 12 cawangan syarikat itu seluruh negara.

Terdapat kira-kira seribu pekerja High 5 di seluruh negara, katanya.

Sehubungan itu, pihaknya juga akan mengadukan perkara terbabit di Pejabat Buruh pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) A Sivarajan meminta campurtangan Kementerian Sumber Manusia berhubung isu ini.

“Apabila kilang ditutup, semua aset akan dicairkan untuk membayar kepada penghutang. “Dalam hal ini, pekerja yang akan ditipu. Jadi kami minta pihak kementerian libatkan diri,” tegasnya.




4 comments:

  1. Replies
    1. Tabung Haji punya???..ya ka

      Delete
  2. Inilah yang dikatakan oleh Perkasa selama ini. Pekerja melayu diberhentikan 24jam dengan gaji separuh. Di mana pekerja cina?Mereka telah awal2 lagi berikan pampasan vss yang lumayan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanyalah Tabung Haji kenapa ini berlaku.

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...