Friday, 24 June 2016

Ketua Cawangan Umno Kena Pecat Lagi

Ketua Cawangan Umno Kena Pecat Lagi. Umno sekali lagi mengambil tindakan memecat ketua cawangannya kerana dipercayai mensabotaj parti dan menegur kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Bekas ketua cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan, Syed Saifuddin Syed Harman,58, telah menerima surat daripada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 2 Jun lalu.

Syed Saifuddin melahirkan rasa terkilannya setelah 30 tahun bersama Umno beliau diperlakukan sedemikian, dakwanya, tindakan pemecatan itu dilakukan tanpa memberinya peluang untuk dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti.

Ketua Cawangan Umno Kena Pecat Lagi.  "Saya rasa terkilan pemecatan ini dibuat tanpa merujuk kepada lembaga disiplin parti.

"Lembaga Disiplin telah meminta saya hadir, saya memaklumkan saya uzur, minta ditangguhkan ke tarikh lain tetapi keputusan Majlis Kerja Tertinggi parti dengan menghantar surat pemecatan bertarikh 2 Jun itu satu keputusan yang amat mengejutkan.

"Saya berpandangan keputusan ini adalah keputusan tidak adil tanpa sebab logik dan munasabah, apabila isi kandungannya menyatakan saya telah mensabotaj parti," ujarnya kepada Malaysia Dateline di rumahnya di Taman Cempaka, Ampang, semalam.

Beliau turut mempersoalkan keputusan parti memecatnya kerana dianggap "mensabotaj" parti disebabkan beliau kerap menegur kepimpinan Najib selaku perdana menteri.

"Dikatakan saya sabotaj, apa sabotaj yang saya buat? Adakah kerana saya menegur kepimpinan perdana menteri, saya dianggap sabotaj pada parti?

"Memang benar saya selalu sarankan supaya presiden parti letak jawatan kerana kepimpinan, kewibawaan, kecurangan beliau mentadbir negara terutama dalam isu 1MDB sudah diragui dan rakyat sudah marah dan memberontak.

Ketua Cawangan Umno Kena Pecat Lagi


"Tetapi inilah teguran kepada kepimpinan parti, inilah dinamakan demokrasi bukannya saya dianggap mensabotaj parti.

"Saya tidak pernah mencela Umno, parti ini adalah wadah perjuangan saya sejak 30 tahun menjadi ahli dan memegang beberapa jawatan.

"Saya tidak pernah sabotaj parti, saya hanya tegur kepimpinan utama demi kebaikan parti," jelas bekas Ketua Umno Bahagian Pandan(2008- 2013) ini.

Justeru katanya, Umno kini tidak lagi mencerminkan parti itu sebagai sebuah parti yang berprinsip, beretika dan demokrais terhadap ahlinya.

"Jadi tindakan ini langsung tidak mencerminkan Umno sebagai sebuah parti yang berprinsip,beretika dan demokrasi.

"Jika sekiranya inilah titik perpisahan saya dengan Umno di atas prinsip saya yang menentang kepimpinan atasan Umno, saya redha.

"Tetapi saya tidak sekali-kali melepaskan perjuangan saya ini diluar parti,"tegasnya.

Tun Mahathir dan Deklarasi Rakyat



Syed Saifuddin berkata akan tetap menyokong perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara yang dibawa oleh Tun Mahathir menerusi Deklarasi Rakyat.

Syed Saifuddin yang pernah menjadi Panel Pemikir Jasa (2009-2014) berkata, beliau akan tetap menyokong perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara yang dibawa oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Deklarasi Rakyat.

Beliau akui sering membuat teguran terhadap kepimpinan Najib menerusi laman sosialnya dan mengikut gerakan yang dipelopori Tun Mahathir dalam siri ceramahnya.

"Tindakan saya dan Tun Mahathir tidak boleh dianggap mensabotaj parti.

"Apa dilakukan Tun Mahathir dan penyokong deklarasi itulah bentuk perjuangan.

"Saya amat menghormati perjuangan Tun Mahathir yang mahu mempertahankan Umno sebagai sebuah parti yang mempunyai imej yang baik kepada ahli dan rakyat.

Ketua Cawangan Umno Kena Pecat Lagi


"Saya percaya Tun Mahathir dengan deklarasi rakyat akan membawa kembali ahli Umno ke pangkal jalan.

"Kami ingin menentukan parti menuju ke jalan yang baik demi untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.

"Mereka boleh memecat saya dan sesiapa sahaja tetapi mereka tidak boleh meruntuhkan jiwa perjuangan saya dan ahli yang lain dalam menegakkan kebenaran.

"Kami akan berjuang demi memperbetulkan Umno. Umno adalah wadah perjuangan kami.

"Jika pemimpin di atas adalah pemimpin jenis penyangak, perasuah dan penyamun kita akan serang habis-habisan," ujarnya.

Kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar 


BN memungut jumlah majoriti tinggi dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini dengan meletakkan calonnya Budiman Mohd Zohdi (kiri) dan Mastura Mohd Yazid.

Syed Saifuddin juga tidak menafikan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dakwanya, disebabkan "suapan" kepada pengundi.

Justeru katanya, BN tidak harus bermegah dengan kemenangan yang dperoleh dalam PRK kali ini.

" Jangan kita bermegah-megah dengan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar hanya disebabkan suapan materialistik.

"Lucky draw, televisyen 46inci, envelope diberi sebelum mengundi, pertandingan futsal, hamper, kampit beras setiap rumah...jangan lupa itu semua sebagai 'rasuah' kecil kepada rakyat.


"Lihatlah apa terjadi selepas sahaja PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar rakyat terima bala pertama subsidi gula ditarik balik tanpa sebarang amaran." dakwanya.

Ketua Cawangan Umno Kena Pecat Lagi. Saifuddin yang dikatakan telah melakukan sabotaj terhadap parti  diambil tindakan oleh Majlis Tertinggi Umno kerana telah melanggar Fasal 20.8 (b),(c) dan (f) Perlembagaan Umno yang dibaca bersama Perkara 3.12;3.1.4 & 3.1.6 (Tata Etika ahli Umno).

Fasal ini adalah sama dengan tindakan yang pernah diambil oleh MT Umno terhadap beberapa lagi bekas ketua-ketua cawangan dan bekas pemimpin Umno yang dipecat  kerana didapati menyerang kepimpinan perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...