Thursday, 30 June 2016

Kerajaan Umum Cuti Peristiwa 8 Julai

Kerajaan Umum Cuti Peristiwa 8 Julai. Kerajaan bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan jika Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, katanya pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Kerajaan Umum Cuti Peristiwa 8 Julai. “Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ali turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana bersetuju dengan cadangan daripada penjawat awam itu khususnya oleh CUEPACS.

“Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing,” katanya.


Kerajaan Umum Cuti Peristiwa 8 Julai








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...