Sunday, 19 June 2016

Keputusan Rasmi PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar

Keputusan Rasmi PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar. Pengumuman serta keputusan rasmi dan penuh bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (P67) dan Sungai Besar (P93) yang diadakan pada hari Sabtu 18 Jun 2016 dijangka akan diumumkan sekitar jam 9 malam, hari ini. 

Menurut makluman daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), keputusan bagi kedua-dua Pilihan Raya Kecil itu berkemungkinan dapat diketahui lebih awal dari jangkaan.

Keputusan Rasmi PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar. Sekiranya terlewat bagaimanapun hanya dalam tempoh yang singkat Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (P67) dan Sungai Besar (P93) diadakan berikutan kerusi-kerusi Parlimen tersebut telah mengalami kekosongan luar jangka berikutan kembalinya ke rahmatullah Yang Berhormat Dato’ Wan Mohamad Khairil bin Wan Ahmad dan Yang Berhormat Dato’ Noriah binti Kasnon.

Kedua-duanya terlibat dalam nahas udara di Sarawak beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-11 yang lalu.

SENARAI PENUH PENCALONAN PRK PARLIMEN KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR 2016 SERTA KEPUTUSAN PENGUNDIAN 

Berikut adalah keputusan terkini, penuh dan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak (P67) dan Sungai Besar, Selangor (P93) yang akan dilengkapkan sebaik sahaja pengumuman dibuat.

Senarai Calon PRK Sungai Besar 2016

Berikut adalah senarai calon yang bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar P93

BN (UMNO) : Budiman Mohd Zohdi, 44 tahun : ADUN Sungai Panjang
PAS : Dr Abdul Rani Osman : ADUN Meru
AMANAH : Azhar Abdul Shukur

Keputusan Rasmi PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar


Berikut adalah keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar, Selangor 2016

BN (UMNO) : Budiman Mohd Zohdi, 44 tahun : 16,800 undi
PAS : Dr Abdul Rani Osman : 6,902 undi
AMANAH : Azhar Abdul Shukur : 7,609 undi

MAJORITI : 9,191 undi

(Akan dikemaskini semasa tarikh mengundi) : Klik Keputusan rasmi PRK Sg Besar

PRK Kuala Kangsar 2016 P67 : Senarai Calon Dan Keputusan

Berikut dikongsikan sedikit maklumat penting tentang Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan Parlimen Kuala Kangsar 2016 :-

Pilihanraya Kecil : PRK Kuala Kangsar 2016 (PRK)
Tarikh Penamaan Calon : 5 Jun 2016
Pengundian Awal : 15 Jun 2016
Tarikh Mengundi : 18 Jun 2016
Penyandang : Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
Pengundi Berdaftar : 32,632 (312 pengundi awal) 

Keputusan Pilihanraya 2013

Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad : BN–UMNO - 14,218 undi
Khalil Idham Lim Abdullah : (PAS) - 13,136 undi
Kamilia Ibrahim : Bebas - 447 undi 
Majoriti : 1,082 undi

Keputusan Rasmi PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar


Senarai Calon PRK Kuala Kangsar 2016

Berikut adalah senarai calon yang bertanding dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar :-

Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, 61 tahun (Amanah) : 4,883 undi
Dr Najihatussalehah Ahmad, 50 tahun (PAS) : 5,684 undi
Datin Mastura Yazid, 55 tahun (UMNO-BN) : 12,653 undi
Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS) : 54 undi

MAJORITI : 6,969 undi


(Akan dikemaskini semasa tarikh mengundi) : Klik keputusan rasmi PRK Kuala Kangsar 2016

Keputusan Rasmi PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. 




JOM INFAQ




17 comments:

  1. BN menang lagi...bila la pembangkang nak bersatu membentuk persefahaman yg kukuh??

    ReplyDelete
  2. Bn bejaya bagi dedak pd pmbangkan utk pecah undi... tahniah bn krana bijak.. pmbangkang yg....

    ReplyDelete
  3. mentaliti dunia ketiga....lagi 50 tahun pun akan sama. kalau pas ada pemimpin mcm TGNA mungkin ......

    ReplyDelete
  4. Ini la akibat tak bersatu....sepatutnya umno ke pas ke pkr ke pan ke..suma kena bersatu seperti kata Dr Zakir Naik dulu ...demi ISLAM.

    ReplyDelete
  5. Pengajaran drpd perpecahan..

    ReplyDelete
  6. Bercerai roboh...ade puak yg bertepuk tangan...bangsaku

    ReplyDelete
  7. walau difitnah... Allah maha adil...

    ReplyDelete
  8. Taniah pd yg menang dan yg klau usaha libih gigih

    ReplyDelete
  9. Bagi kat BN dulu..tempoh parlimen pun tinggal.setahun setengah saja lagi..Ambil apa yg dijanjikan oleh BN..PRU14/2018 lebih penting..lebih baik kalah dlm.pertempuran drpd kalah dlm satu peperangan.

    ReplyDelete
  10. Tak apa la. Biaq tak menang pun. PAS tetap istiqomah dengan Perjuangannya. Allahu Akhbar

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada pengundi yg memilih kebenaran keadilan keseksamaan dan kesejahteraan rakyat.Ya Allah ya tuhan ku hancurkan mereka yg membuat kerja yg d larang mu seperti merasuah menipu putar belit untuk menang dalam Rk nih

    ReplyDelete
  12. Pembangkang pentingkan diri sendiri. Sampai bila pun tak akan menang. Elok duduk semeja cari penyelesaian tanding satu lawan satu.

    ReplyDelete
  13. Pembangkang pentingkan diri sendiri. Sampai bila pun tak akan menang. Elok duduk semeja cari penyelesaian tanding satu lawan satu.

    ReplyDelete
  14. bg org yg berpegang kpd ISLAM, kemenangan tidak bermakna di redhai, kekalahan tidak bermakna dibenci..bukan oleh manusia, tp oleh yg MAHA MENGETAHUI..pandang dgn mata hati bkn dgn mata zahir.

    ReplyDelete
  15. sesungguhnya kemenangan itu adalah ketentuan dari Allah, pati yang tewas kena muhasabah munkin perjalanan tidak betul itu sebab Allah tak tolong . kadang-kadang kita rasa kita dah betul kata orang tak betul tapi Allah tahu . Bagi yang menang jangan takbur yang kita dah betul kadang- kadang Allah nak uji kita apakah kita berlaku adil dengan rakyak. Ingat yang menang silap- silap menang dapat murka Allah.

    ReplyDelete
  16. BN menang bukan bermakna najib dan rosmah menang. BN bersatu kerana kemaslahatan ramai. UMNO parti matang mengelak perpecahan. Jangan ada mana-mana pemimpin berasa dia lah hero dan berpengaruh. Ini kerja buat bersama serta berkat doa mereka yg ikhlas tidak kira samada mereka berjawatan atau tidak. Jangan anggap keputusan pilihanraya menunjukkan dia benar. Kebanyakan perpecahan adalah kerana mereka yg berada di atas merebut kuasa. Pecat sana sini, singkir, sisih, sekat, sabotaj kerja baik org untuk masyarakat. Akhir sekali berucap marilah kita bersatu.. ha ha ha. Kalau depa ni pakat2 bersatu da lama bersatu yg lain akan turut serta. Mesej utk semua parti

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...