Saturday, 18 June 2016

Keputusan PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar Selewat-Lewatnya 9 Malam

Keputusan PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar Selewat-Lewatnya 9 Malam. Sebanyak 28 pusat mengundi dengan 90 saluran untuk PRK Parlimen Sungai Besar dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 42,365 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Cuaca pagi ini mendung dan berdasarkan pemantauan di beberapa pusat daerah mengundi (PDM), orang ramai sudah mula membanjiri PDM yang dibuka.

Keputusan PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar Selewat-Lewatnya 9 Malam. Warga emas, Mohamed Chat, 64, yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Parit Empat menjadi pengundi pertama yang menunaikan tanggungjawab itu hari ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, kesemua pusat mengundi di 24 sekolah, dewan orang ramai (satu) dan balai raya (tiga) akan ditutup pada 5 petang nanti.

Selasa lalu, sebanyak 265 orang atau 92.6% daripada 286 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mengundi di dua pusat mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam.


Keputusan PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar Selewat-Lewatnya 9 Malam


Pengiraan undi bermula sebaik pusat pengundian ditutup dan penjumlahan akan dilakukan di Dewan Seri Bernam.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi pada PRK Sungai Besar sebanyak 75% berbanding 88.30% pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Sementara itu, sebanyak 23 pusat mengundi dengan 69 saluran mengundi untuk PRK Parlimen Kuala Kangsar dibuka bermula 8 pagi ini bagi membolehkan 32,632 daripada 32,949 pengundi berdaftar memilih wakil rakyat mereka.

Daripada jumlah itu, 312 merupakan pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab pada 14 Jun lepas, manakala lima lagi adalah pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Semua pusat pengundian yang terdiri daripada 21 sekolah dan dua dewan orang ramai akan ditutup 5 petang nanti.

“Proses pengiraan undi akan dijalankan di tempat mengundi selepas proses pengundian tamat dan bukannya di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Perak,” kata Mohd Hashim.


Keputusan PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar Selewat-Lewatnya 9 Malam


Beliau berkata, SPR menyasarkan 75% pemilih yang layak akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka berbanding 84.3% yang keluar mengundi di Parlimen Kuala Kangsar semasa PRU13.

Keputusan pengundian di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijangka diumumkan selewat-lewatnya 9 malam ini.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Budiman Mohd Zohdi; calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Amanah.

Manakala PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid; Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS); Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Keputusan PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar Selewat-Lewatnya 9 Malam. Kekosongan kerusi dua Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...