Wednesday, 22 June 2016

Kelab JDT Buat Kejutan Lagi

Kelab JDT Buat Kejutan Lagi. Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bercadang membeli sebidang tanah di bandar Valencia atau Barcelona di Sepanyol untuk dibangunkan menjadi sebuah kem latihan JDT dan juga tempat penginapan para pemain untuk perlawanan pra musim di negara Eropah berkenaan.

Laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers memaklumkan satu delegasi JDT dihantar ke Sepanyol semalam untuk meninjau lokasi yang bersesuaian di sana.

Kelab JDT Buat Kejutan Lagi. “Selain itu, ia juga boleh menjadi tempat penginapan pemain muda kami yang diserapkan dalam mana-mana kelab di Sepanyol,” kata kelab itu.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke beberapa negara Eropah pada Disember tahun lepas termasuk mengadakan perjumpaan dengan beberapa kelab seperti Valencia, Real Madrid dan Barcelona di Sepanyol serta kelab Perancis, Paris St Germain.

Kelab JDT Buat Kejutan Lagi


Lawatan berkenaan antara lain bertujuan memperluas jaringan usaha sama antara JDT dengan kelab berkenaan.

Kelab JDT Buat Kejutan Lagi. Untuk rekod, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menjalankan program pembangunan akar umbi JDT bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund sejak tahun lepas dalam usaha melahirkan pemain muda berkaliber pada masa akan datang.




Moho sumbangan




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...