Wednesday, 15 June 2016

Jentera PAS Dan Umno Bersama Di PRK Kuala Kangsar

Jentera PAS Dan Umno Bersama Di PRK Kuala Kangsar. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki teruja apabila diminta jadi imam dan menyampaikan tazkirah ketika solat terawih bersama jentera Pas dan Umno di Kuala Kangsar.

Pimpinan Pas Kawasan dan ahli-ahli mereka kata beliau setia mendengar tazkirah yang disampaikannya bahkan meminta beliau menjadi Imam solat Isyak dan Solat Terawih di Madrasah Taman Jasa Kuala Kangsar

Jentera PAS Dan Umno Bersama Di PRK Kuala Kangsar. "Seronok saya melihat suasana harmoni kempen pilihanraya di Parlimen Kuala Kangsar kerana jentera Pas dan Umno boleh solat berjemaah Terawih bersama," tulis beliau di status facebooknya.

Menurut beliau peluang itu digunakan untuk mengukuhkan silaturahim di kalangan umat Islam.

"Saya tekankan dalam ucapan saya bahawa kita boleh berbeza pandangan dan pendirian parti tapi jangan sesekali lupa bahawa tali persaudaran sebagai umat Islam yang satu tidak harus dileraikan.

Jentera PAS Dan Umno Bersama Di PRK Kuala Kangsar


"Bahkan sudah tiba masanya kita mencorakkan budaya politik baru yang meletakkan asas ukhuwwah dan kepentingan Islam melangkaui kepentingan-kepentingan lain.

"Kita mesti mampu berjiwa besar dalam menguruskan perbezaan yang ada di antara sesama manusia.

Jentera PAS Dan Umno Bersama Di PRK Kuala Kangsar. "Barulah kita benar-benar memanifestasikan nilai ketaqwaan yang diperintahkan Allah apatah lagi dalam bulan Ramadan yang barakah," terang beliau.




1 comment:

  1. Ana dulu dulu kat UKM ada group makan (utk berjimat).
    Dlm group tu, org IPU (pro PAS) ada, org TSB (pro UMNO) ada, org IRC ada, org ABIM ada, org Tabligh pun ada. Sesama Islam, jgn gaduh gaduh. Fikrah tu masing masing, nanti jawab sendiri sendiri.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...