Thursday, 2 June 2016

Jenazah Menantu Zahid Hamidi Dikebumi Pagi Ini

Jenazah Menantu Zahid Hamidi Dikebumi Pagi Ini. Jenazah Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang merupakan menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, Kajang, pagi ini.

Allahyarham meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar semalam.

Jenazah Menantu Zahid Hamidi Dikebumi Pagi Ini. Menurut seorang ahli keluarga Ahmad Zahid yang enggan dinamakan berkata, Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah, 37, telah pergi ke klinik itu kira-kira jam 6 petang semalam untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum dilaporkan tidak sedarkan diri.

“Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di PPUM malam tadi.

Menurutnya, sehingga tengah malam tadi jenazah Syed Alman Zain masih dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian dan jenazah kemudiannya dibawa pulang ke Country Heights, Kajang untuk disembahyangkan di Surau An-Nur sebelum dikebumikan pagi ini.

Jenazah Menantu Zahid Hamidi Dikebumi Pagi Ini


Sementara itu, Nurulhidayah melalui akaun Instagramnya menzahirkan rasa sedih atas pemergian suaminya dengan mencatat:

“Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Great Papa. Responsible husband. I lost someone that I can argue with. Bye sayang. (Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Papa yang hebat. Suami yang bertanggungjawab. Saya kehilangan seseorang yang saya boleh berbicara. Bye sayang),” katanya.

Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan kerja lima hari ke Jepun sejak Ahad lalu tiba di tanah air awal pagi ini.

Jenazah Menantu Zahid Hamidi Dikebumi Pagi Ini. Syed Alman Zain adalah seorang graduan teknologi maklumat dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif iGEN Technology (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat vendor perisian bebas, lapor Bernama.



1 comment:

  1. Alfatihah. Mudah2an rohnya ditempatkan bersama mereka yg bertaqwa. Amin.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...