Monday, 20 June 2016

Ini Ke Imbuhan Ahli Parlimen Sungai Besar?

Ini Ke Imbuhan Ahli Parlimen Sungai Besar?Selepas meraih majoriti besar pada PRK Sungai Besar semalam, Budiman Mohd Zohdi diramalkan akan dilantik sebagai timbalan menteri.

Ramalan itu dibuat penganalisis, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi memandangkan kerusi Parlimen Sungai Besar pernah disandang Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Ini Ke Imbuhan Ahli Parlimen Sungai Besar? Pensyarah Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya itu berkata, jika dilihat daripada senarai anggota Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terdapat kuota untuk jawatan timbalan menteri bagi wakil rakyat Selangor.

“Jadi, peluang Budiman diangkat sebagai timbalan menteri juga besar. Ia juga sebagai perangsang kepada BN Selangor untuk bekerja keras pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang untuk menawan Selangor.

“Berbanding dengan Datin Mastura Mohd Yazid yang memenangi PRK Kuala Kangsar, Budiman ada pengalaman lebih luas dalam politik,” katanya kepada FMT hari ini.

Ini Ke Imbuhan Ahli Parlimen Sungai Besar?


Semalam, Budiman berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar yang disandang Allahyarhamah Noriah yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pda 5 Mei lalu dengan majoriti amat selesa iaitu 9,191 undi.

Ini Ke Imbuhan Ahli Parlimen Sungai Besar? Calon Amanah, Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar sekadar meraih 7,609 undi sementara calon PAS, Dr Abdul Rani Osman yang juga Adun Meru mendapat mendapat 6,902 undi.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...