Sunday, 5 June 2016

Hari Penamaan Calon PRK Kuala Kangsar Saksikan Calon Bebas Buat Onar

Hari Penamaan Calon PRK Kuala Kangsar Saksikan Calon Bebas Buat Onar. Abu Backer Sidek Mohd Zan yang mahu bertanding sebagai calon bebas di Kuala Kangsar menarik balik dan mengoyakkan borang pencalonan selepas pencadang dan penyokongnya tidak dibenarkan masuk ke dewan penamaan calon.

Kejadian itu berlaku selepas pencalonannya ditolak oleh pegawai pengurus pilihan raya, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria.

Hari Penamaan Calon PRK Kuala Kangsar Saksikan Calon Bebas Buat OnarAbu Backer kemudian dilihat menuju ke meja pegawai berkenaan dan menjerit dengan mengatakan beliau juga mempunyai maruah diri.

Selepas berkata sesuatu dengan Mior, beliau meninggalkan dewan dan kembali semula menyerahkan borang pencalonan, tetapi ditolak sekali lagi.

Ketika ditemui kemudian, Abu Backer mendakwa seseorang tidak mahu beliau bertanding di kawasan itu.

Abu Backer sebelum ini pernah bertanding di Bukit Gelugor pada tahun 2014, dan mencuri tumpuan apabila menghalang kereta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, selepas kecewa tidak bertemu pemimpin DAP itu.


Hari Penamaan Calon PRK Kuala Kangsar Saksikan Calon Bebas Buat Onar


Susulan itu PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Calon BN, Mastura Mohd Yazid, calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad, calon parti Amanah Negara (AMANAH) Ahmad Termizi Ramli dan seorang calon bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari.

Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kuala Kangsar, Meor Mohd Jamil Meor Zakaria ketika mengumumkan perkara itu berkata, pihaknya menerima empat borang pencalonan.

"Saya telah menyemak dan berpuas hati dengan senarai calon yang dikemukan serta tiada calon yang ditolak bagi penamaan calon hari ini.

"Dengan ini saya mengumumkan kesemua calon ini sah bertanding bagi parlimen Kuala Kangsar," kata Meor Mohd Jamil.

Meor Mohd Jamil berkata pihaknya menerima borang pencalonan daripada calon BN pada pukul 9.01 pagi, manakala daripada PAS 9.05 pagi, Izat Bukhari Ismail Bukhari 9.09 pagi dari calon bebas.


Hari Penamaan Calon PRK Kuala Kangsar Saksikan Calon Bebas Buat Onar


Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar diisytihar kosong selepas penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Terdahulu, Abu Backer berkata penyandang kerusi itu allahyarham Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad adalah orang baik tetapi masih banyak yang boleh diperjuang di kawasan itu.

“Masih ada kemiskinan dan keluarga tanpa elektrik,” katanya kepada pemberita.

Hari Penamaan Calon PRK Kuala Kangsar Saksikan Calon Bebas Buat Onar. Beliau juga mengkritik anggota komponen BN yang menentang 'rang undang-undang hudud' dan mengancam menyaman kerajaan berhubung caranya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Selain itu beliau turut membangkitkan isu GST terhadap kurma, tetapi tidak limau Mandarin.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...